Sikorsky S-92

S-92 / H-92
Peranan Helikopter utiliti/pengangkut sederhana
Negara pengeluar Amerika Syarikat
Pengeluar Sikorsky Aircraft
Penerbangan sulung 23 Disember 1998
Diperkenalkan 2004
Pengguna utama CHC Helicopter
Bristow Helicopters
Petroleum Helicopters
Dikeluarkan 1998-kini
Kos seunit AS$15.3 juta
Dibangunkan dari Sikorsky S-70
Kelainan CH-148 Cyclone

Sikorsky S-92 merupakan sebuah helikopter utiliti/pengangkut udara sederhana, enjin kembar dan mempunyai empat bilah rotor utama yang dibina oleh Sikorsky Aircraft untuk pasaran helikopter tentera dan awam. S-92 telah dibangunkan berasaskan helikopter Sikorsky S-70 dan berkongsi alat ganti yang sama dengan S-70, seperti contoh himpunan rotor ekor. H-92 Superhawk pula merupakan sebuah helikopter tentera terbitan dari S-92 yang diperanankan sebagai helikopter pengangkut utiliti, dan boleh membawa 22 anggota tentera. H-92 juga boleh diubah kepada misi spesifik termasuk Mencari dan Menyelamat dan pengangkutan eksekutif. Angkatan Tentera Kanada telah memilih H-92 sebagai pemenang bagi Program Helikopter Maritim (PHM) pada 2004, bagi mengantikan angkatan pesawat usang yang terdiri daripada CH-124 Sea King. Angkatan Tentera Kanada telah memberi designasi helikopter H-92 sebagai CH-148 Cyclone.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne