Silver Millennium (bermaksud "Alaf Perak") merupakan kerajaan rekaan dalam siri Sailor Moon. Terletak di bulan, ia merupakan tempat kelahiran hayat silam dan akan datang bagi kebanyakan watak utama siri, dan mempunyai pengaruh kuat dalam plot serta perwatakan.
Silver Millennium yang asal ditunjukkan sebagai zaman keemasan purba yang aman, makmur dan mempunyai hubungan baik antara orang Bumi dan Bulan. Dikatakan melalui manga bahawa zaman itu berlaku ketika zaman prasejarah tetapi dalam anime pula, dinyatakan Nusa Bulan wujud seribu tahun dahulu.[1] Walaupun Silver Millennium, kerajaan ini kelihatannya telah bertahan lebih dari satu alaf. Nusa Bulan sendiri terletak di Mare Serenitatis (Lautan Ketenangan) dan diperintah oleh Permaisuri Serenity. Ia juga merupakan kampung halaman bagi Puteri Serenity serta empat orang penjaganya, yang kemudian dikenali sebagai Guardian Senshi. Menurut siri Sailor Moon R, Silver Millennium telah dibina di atas Bumi antara abad ke-20 dan ke-30, dan kali ini dinamakan sebagai Crystal Tokyo.
Kerabat diraja Silver Millennium memakai tanda istimewa di dahi mereka, berbentuk bulan sabit yang kecil. Tanda ini boleh dilihat pada Permaisuri Serenity, Puteri/Permaisuri Baru Serenity, dan Small Lady, begitu juga pada Sailor Venus apabila dia menyamar sebagai puteri, dan kucing bulan - Luna, Artemis dan Diana.