Simanggang

Simanggang
سيمڠڬڠ
Bandar
Bandar Simanggang, Sri Aman
Bandar Simanggang, Sri Aman
Bendera Simanggang سيمڠڬڠ
Mohor rasmi Simanggang سيمڠڬڠ
Nama panggilan: Bandar Benak
Negara Malaysia
Negeri Sarawak
BahagianSri Aman
DaerahSri Aman
Pentadbiran
 • PentadbiranMajlis Daerah Sri Aman
 • WalikotaAnthony Abell Chendan
 • Jumlah ahli62 orang
Keluasan
 • Jumlah3,845.7 km2 (1,484.8 batu persegi)
Penduduk
 (2023[1])
 • Jumlah133,452
 • Kepadatan35/km2 (90/batu persegi)
Poskod
95xxx
Kawalan Kod Panggilan Antarabangsa+6083 (Talian tetap)
Laman sesawangLaman web rasmi MDSA
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "longm"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "pushpin_label_position1"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "longd"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "lats"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "latm"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "latNS"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "pushpin_map_caption1"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "longEW"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "pushpin_map1"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "latd"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "longs"

Simanggang merupakan sebuah bandar yang terletak di daerah Sri Aman, Bahagian Sri Aman, Sarawak, Malaysia. Simanggang juga merupakan pusat pentadbiran bagi Bahagian Sri Aman dan daerah Sri Aman. Bandar ini berada di tebing Batang Lupar dan terletak sejauh 193 kilometer atau tiga jam perjalanan dari Kuching, ibu negeri Sarawak.

Simanggang terkenal dengan benak iaitu fenomena bena yang terjadi di Batang Lupar. Bena tersebut tiba dari muara dan terus memenuhi sungai dengan sangat cepat iaitu dalam 10 minit. Fenomena ini hanya terjadi di 48 sungai dan muara di seluruh dunia. Namun, fenomena bena di Simanggang ini hanya satu-satunya di dunia yang terjadi setiap hari.

Bandar ini pernah diubah namanya kepada Sri Aman pada tahun 1974, namun diubah semula kepada Simanggang pada 25 Oktober 2019.[2]


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne