SimetriSiti | ||||
---|---|---|---|---|
Album studio oleh | ||||
Dilancarkan pada | 10 Mei 2017 | |||
Dirakamkan pada | Mac–April 2017 | |||
Tempat | Indonesia ![]() | |||
Studio | ||||
Genre | Pop, R&B | |||
Panjang | 40:04 | |||
Bahasa | Bahasa Melayu ![]() | |||
Syarikat | Siti Nurhaliza Productions Universal Music Sdn Bhd | |||
Penerbit | Dato' Sri Siti Nurhaliza (Eksekutif), Kenny Ong (Eksekutif), Aubrey Suwito, Ade Govinda, Jeje Govinda, Firdaus Mahmud, Sze Wan, Opick, Mujahid Abd Wahab | |||
Kronologi Siti Nurhaliza | ||||
| ||||
Single daripada SimetriSiti | ||||
| ||||
sunting · sunting di Wikidata![]() |
SimetriSiti merupakan album studio ke-18 penyanyi Dato' Sri Siti Nurhaliza.[1] Album ini dilancarkan pada 5 Mei 2017 dan mula menjengah di pasaran pada 10 Mei 2017 menerusi Siti Nurhaliza Productions dan Universal Music Malaysia selepas album Fragmen (2014). Dirakamkan dalam tempoh yang singkat, dari Mac hingga April 2017, pembikinan album ini menyaksikan kolaborasi antara komposer, penulis lirik dan penerbit Malaysia dan Indonesia.[2][3]
Pra-tempahan untuk SimetriSiti edisi eksklusif boleh didapati di Lazada Malaysia pada 5 Mei 2017, dan semua 300 salinan album habis dijual dalam masa 20 minit.[4] "Segala Perasaan" dikeluarkan sebagai single pertama untuk album ini yang dikeluarkan pada 28 April 2017.[5]
SimetriSiti menjadi album Siti Nurhaliza yang ketiga yang mana kulit albumnya menampilkan beliau bertudung selepas album Tahajjud Cinta (2009) dan Fragmen (2014).