Republik Singapura ريڤوبليک سيڠاڤورا 3 nama rasmi lain
| |||||
---|---|---|---|---|---|
| |||||
Cogan kata: Majulah Singapura | |||||
Lagu kebangsaan: Majulah Singapura | |||||
Bahasa rasmi | |||||
Bahasa Kebangsaan | Bahasa Melayu | ||||
Kumpulan etnik (2020)[1] | |||||
Agama (2020)[1] | |||||
Kerajaan | Republik berparlimen Kesatuan Dominan | ||||
• Presiden | Tharman Shanmugaratnam | ||||
Lawrence Wong | |||||
Badan perundangan | Parlimen | ||||
Kemerdekaan dari United Kingdom dan Malaysia | |||||
3 Jun 1959 | |||||
16 September 1963 | |||||
9 Ogos 1965 | |||||
8 Ogos 1967 | |||||
Keluasan | |||||
• Jumlah | 728.6 km2 (281.3 bt2)[2] (ke-178) | ||||
Penduduk | |||||
• Perkiraan 2021 | ▼ 5,453,600[a] (ke-115) | ||||
7,804/km2 (20,212.3/sq mi) (ke-2) | |||||
KDNK (PPP) | 2021 | ||||
• Jumlah | ▲ $600.063 bilion[4] (ke-38) | ||||
▲ $102,742[4] (ke-2) | |||||
KDNK (nominal) | 2021 | ||||
• Jumlah | ▲ $374.394 bilion[4] (ke-38) | ||||
▲ $64,103[4] (ke-8) | |||||
Gini (2017) | ▬ 45.9[5] sederhana | ||||
HDI (2019) | ▲ 0.938[6] sangat tinggi · ke-11 | ||||
Mata wang | Dolar Singapura (S$) ( SGD ) | ||||
Zon waktu | UTC+8 (SST) | ||||
Format tarikh | dd/mm/yyyy | ||||
Bekalan elektrik sesalur | 230 V–50 Hz | ||||
Arah memandu | kiri | ||||
Kod panggilan | +65 | ||||
Kod ISO 3166 | SG | ||||
DPT internet | .sg |
Singapura, secara rasminya Republik Singapura (Jawi: ريڤوبليک سيڠاڤورا) , merupakan sebuah negara pulau yang terletak di tepi hujung selatan Semenanjung Melayu, 137 kilometer (85 bt) di utara garisan Khatulistiwa, di Asia Tenggara. Ia terpisah dari Malaysia dengan Selat Johor di utara, dan Kepulauan Riau Indonesia dengan Selat Singapura di selatan. Singapura ialah pusat kewangan keempat terunggul[7] dan sebuah bandaraya global metropolitan yang memainkan peranan penting dalam perdagangan dan kewangan antarabangsa. Pelabuhan Singapura ialah salah sebuah daripada lima pelabuhan tersibuk dunia.[8]
Singapura mencatat sejarah penghijrahan yang lama sekali, yang menyumbang kepada hampir 5 juta penduduk berbilang budaya yang terdiri daripada kaum Cina, Melayu, India, orang Asia lain, dan ras Caucasus.[9] 42% penduduk Singapura ialah orang asing yang bekerja atau belajar di sini. 50% pekerjaan perkhidmatan diisi oleh pekerja asing.[10][11] Singapura merupakan negara yang kedua paling padat dengan penduduk di dunia, di belakang Monaco.[12] A.T. Kearney mengungkit nama Singapura sebagai negara paling global di dunia dalam Indeks Globalisasi.[13]
Sebelum merdeka pada tahun 1965, Singapura sudah menjadi pelabuhan yang bersemangat dengan KDNK per kapita sebanyak $511, iaitu ketiga tertinggi di Asia Timur ketika itu.[14] Selepas merdeka, pelaburan langsung asing dan dorongan kerajaan ke arah pengindustrian berasaskan rancangan bekas Timbalan Perdana Menteri Dr. Goh Keng Swee membentuk sebuah ekonomi yang baru.[15]
Economist Intelligence Unit meletakkan Singapura sebagai negara yang mempunyai kualiti hidup terbaik di Asia dan kesebelas terbaik di seluruh dunia dalam senarai "Quality-Of-Life Index".[16] Singapura memiliki rizab pertukaran asing kesembilan terbesar di dunia.[17][18] Negara ini juga dilengkapi angkatan tentera yang canggih dan lengkap dari segi teknologinya.[19][20]
|title=
(bantuan)
Ralat petik: Tag <ref>
wujud untuk kumpulan bernama "lower-alpha", tetapi tiada tag <references group="lower-alpha"/>
yang berpadanan disertakan