Siri Kingdom Hearts

Logo permainan Kingdom Hearts yang sulung.

Kingdom Hearts (キングダムハーツ, Kingudamu Hātsu) ialah satu siri permainan video berperanan yang dimajukan dan diterbit oleh Square Enix (dahulunya Square), hasil usahasama Square dan Disney Interactive Studios di bawah pengarahan Tetsuya Nomura, seorang pereka watak yang sekian lama bersama Square. Kingdom Hearts menyaksikan perentasan latar-latar Disney di sebuah alam yang direka khusus untuk siri ini. Tambahan pula, siri ini menampilkan barisan pelakon suara serba ternama yang merangkumi kebanyakan pelakon suara rasmi Disney. Watak-watak dari siri Final Fantasy rekaan Square Enix turut muncul dan berinteraksi dengan pemain dan watak-watak Disney. Siri ini mengisahkan pengembaraan watak utama bernama Sora yang mencari rakan-rakannya dan pertemuannya dengan watak-watak Disney dan Final Fantasy di alam masing-masing.

Siri Kingdom Hearts kini terdiri daripada empat judul permainan untuk pelbagai platform permainan video, serta judul-judul akan datang yang sedang diusahakan. Kebanyakan permainan dalam siri ini meraih sambutan hangat dari para pengulas dan penggemar permainan video, namun setiap permainan ini telah mencapai tahap kejayaan yang berbeza-beza. Pada September 2007, siri Kingdom Hearts sudah diedarkan lebih 11 juta salinan di seluruh dunia,[1][2] dengan 2 juta salinan di rantau sistem video PAL, 3 juta di Jepun, dan 5 juta di Amerika Utara.[3][4] Terdapat beberapa jenis barang dagangan yang dikeluarkan di samping permainannya, seperti runut bunyi, figura, dan buku teman. Tambahan lagi, permainan-permainan ini telah diadaptasi menjadi siri manga dan novel.

  1. ^ Dunham, Alexis (2007-09-21). "Three New Kingdom Hearts Titles Announced". IGN. Dicapai pada 2008-02-14.
  2. ^ Boyes, Emma (2007-09-20). "TGS '07: Three new Kingdom Hearts games coming". GameSpot. Dicapai pada 2008-02-14.
  3. ^ Square EA (2007-02-05). "Kingdom Hearts Series Ships over 10 Million Worldwide". GameSpot. Dicapai pada 2007-05-13.
  4. ^ "スクウェア・エニックス、イベントなど追加「Kingdom Hearts II Final Mix+」「キングダム ハーツ」 シリーズ累計出荷本数1,000万本達成" (dalam bahasa Japanese). Game Watch. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-11-10. Dicapai pada 2007-03-11.CS1 maint: unrecognized language (link)

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne