Sirindhorn

Sirindhorn
سيريندور
มหาจักรีสิรินธร
Puteri dari Thailand
Keputeraan (1955-04-02) 2 April 1955 (umur 69)
Bangkok, Thailand
KerabatDinasti Chakri
AyahandaRaja Bhumibol Adulyadej (Rama IX)
BondaRatu Sirikit
AgamaBuddhisme
TandatanganTandatangan Sirindhorn سيريندور มหาจักรีสิรินธร

Puteri Maha Chakri Sirindhorn dari Thailand (Bahasa Thai: มหาจักรีสิรินธร, Sebutan bahasa Thai: [mā.hǎː t͡ɕàk.krīː sì.rīn.tʰɔ̄ːn]; Maha Chakkri Sirinthon), lahir sebagai Puteri Sirindhorn Debaratanasuda Kitivadhanadulsobhagya (Bahasa Thai: สิรินธรเทพรัตนสุดา กิติวัฒนาดุลโสภาคย์; RTGSSirinthontheppharattanasuda Kitiwatthanadunlasophak) pada 2 April 1955 ialah puteri kedua Raja Bhumibol Adulyadej.[1]

Gelaran rasmi DYTM ialah Somdech Phra Debaratanarajasuda Chao Fa Maha Chakri Sirindhorn Rathasimagunakornpiyajat Sayamboromrajakumari[2] (สมเด็จพระเทพรัตนราชสุดา เจ้าฟ้ามหาจักรีสิรินธร รัฐสีมาคุณากรปิยชาติ สยามบรมราชกุมารี; RTGSSomdet Phra Theppharat Rat Suda Chao Fa Maha Chakkri Sirinthon Ratthasima Khunakon Piyachat Sayam Borommaratchakumari), yang dikurniakan oleh paduka ayahandanya pada 5 Disember 1977. Rakyat Thai sering menggelarnya sebagai "Phra Thep", atau "puteri kayangan". Gelaran DYTM merupakan gelaran yang setara dengan gelaran kakandanya, Putera Mahkota Maha Vajiralongkorn.[3] Pemindaan perlembagaan Thailand pada 1974 telah membenarkan anakanda perempuan untuk mewarisi takhta sekali gus menjadikan DYTM salah seorang daripada mereka yang layak untuk menjadi raja. [4]

  1. ^ "Biography of Her Royal Highness Princess Maha Chakri Sirindhorn"
  2. ^ "Her Royal Highness Princess Maha Chakri Sirindhorn's Activities". Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Mac 2016. Dicapai pada 23 Februari 2016.
  3. ^ Backman, Michael, "Thai riches hinged on wise king's prodigal son" The Age, 28 June 2006.
  4. ^ Kershaw, Roger (2001), Monarchy in South East Asia: The faces of tradition in transition, Routledge, m/s. 153

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne