Pengangkutan Gerak Cepat ڤڠڠكوتن ڬرق چڤت | |
---|---|
Umum | |
Nama asal | |
Pemilik | Penguasa Pengangkutan Darat |
Lokasi | Singapura |
Jenis transit | Transit aliran deras |
Jumlah laluan/aliran | 8 (5 beroperasi, 1 sedang dibina dan 2 dalam perancangan) |
Jumlah stesen | 184 (119 beroperasi, 62 sedang dibina atau dalam perancangan) |
Bil. penumpang harian | 3.1 juta (2016)[1] |
Operasi | |
Mula beroperasi | 7 November 1987 |
Pengendali |
|
Teknikal | |
Panjang sistem | 199.6 kilometer (124.0 bt) |
Tolok landasan | 1,435 mm (4 kk 8½ in) tolok piawai |
sunting |
Sistem Pengangkutan Gerak Cepat[2] (bahasa Inggeris: Mass Rapid Transit, singkatan: MRT) merupakan sistem transit aliran deras dan merupakan mod utama sistem pengangkutan rel di seluruh pulau Singapura. Bahagian pertama sistem MRT ini mula beroperasi antara stesen Toa Payoh dan Yio Chu Kang pada 7 November 1987 dan ini membuatkannya sistem metro kedua tertua di Asia Tenggara selepas sistem Transit Aliran Ringan Manila. Rangkaian pengangkutan ini telah berkembang pesat selaras dengan tujuan Singapura untuk membangunkan rangkaian kereta api menyeluruh sebagai tulang belakang bagi sistem pengangkutan awam di negara tersebut, dengan purata bilangan penumpang harian seramai 3.4 juta pada tahun 2019 (tidak termasuk Sistem Rel Ringan).[3]
Rangkaian MRT ini meliputi 230 km laluan yang dipisahkan gred dengan menggunakan tolok piawai merangkumi 134 stesen yang beroperasi (di mana 30 daripadanya merupakan stesen pertukaran). Stesen-stesen tersebut tersebar merentasi enam laluan yang disusun dalam topologi lingkaran-jejari. Rangkaian ini bakal berganda panjangnya sehingga kira-kira 450 km menjelang tahun 2040 sebagai hasil daripada kerja-kerja pengembangan sistem rel yang sedang berlangsung untuk laluan-laluan sedia ada serta pembinaan tiga laluan baharu. Terdapat beberapa stesen pertukaran antara sistem kereta api gerak cepat ini dengan beberapa rangkaian transit panduan automatik di beberapa pinggir bandar— dikenali sebagai Sistem Rel Ringan (LRT)—yang melengkapi rangkaian MRT dengan menyediakan ketersambungan akhir antara stesen LRT kawasan perumahan awam Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB).[4]
Laluan–laluan kereta api tersebut dibangunkan oleh Penguasa Pengangkutan Darat (LTA), suatu badan berkanun di bawah Pemerintah Singapura. Konsesi pengendalian sistem MRT diberikan kepada dua syarikat berlaba iaitu Perbadanan Pengangkutan Gerak Cepat Singapura dan SBS Transit, di mana para pengendali ini juga mengelolakan perkhidmatan bas dan teksi; ini menjamin terdapatnya penyepaduan penuh dalam perkhidmatan pengangkutan awam.
Perkhidmatan sistem metro ini turut dilengkapi dengan beberapa rangkaian Sistem Rel Ringan (LRT), di mana ia menghubungkan stesen–stesen MRT dengan estet−estet perumahan awam Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB).[4]
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama a1
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama lta1996mrt