Perjanjian Antartika bahasa Inggeris: The Antartic Treaty Perancis: Traité sur l'Antarctique Rusia: Договор об Антарктике Bahasa Sepanyol: Tratado Antártico | |
---|---|
Sistem Perjanjian Antartika | |
Jenis | Kondominium |
Ditandatangani | 1 Desember 1959[1] di Washington, D.C., U.S. |
Berkuat kuasa | 23 Jun 1961 |
Syarat | Ratifikasi 12 pihak penandatangan |
Penandatangan | 12[2] |
Pihak | 53[2] |
Pemegang simpanan | Pemerintah Amerika Syarikat[2] |
Bahasa | Inggris, Perancis, Rusia dan Spanyol |
Laman sesawang | Secretariat of the Antarctic Treaty |
Antarctic Treaty di Wikisumber | |
sunting |
Perjanjian Antartika (Jawi: ڤرجنجين انترتيکا ) dan perjanjian berkaitan yang dikenali sebagai Sistem Perjanjian Antartika (Antarctic Treaty System, ATS) mengawal hubungan antarabangsa mengenai Antartika yang merupakan satu-satunya benua tanpa populasi manusia asal di Bumi. Antartika ditakrifkan dalam sistem perjanjian sebagai semua tanah dan pentas ais yang berada di selatan garis lintang 60°S. Perjanjian ini dikuatkuasakan pada tahun 1961 dengan 53 pihak yang menyertainya selewat 2016,[2] yang menetapkan Antartika sebagai kawasan perlindungan saintifik, menetapkan kebebasan menyelidik serta melarang kegiatan ketenteraan di benua tersebut. Perjanjian itu adalah perjanjian kawalan senjata yang pertama ditubuhkan semasa Perang Dingin. Ibu pejabat Setiausaha Perjanjian Antartika berpusat di Buenos Aires, Argentina sejak September tahun 2004.[3]
Perjanjian utamanya telah dibuka untuk penandatanganan pada 1 Disember 1959[1] dan dikuatkuasakan secara rasminya pada 23 Jun 1961.[4] Penandatangan asalnya merupakan 12 buah negara yang terlibat di Antartika pada Tahun Geofizikal Antarabangsa 1957-58. Dua belas negara ini yang mempunyai kepentingan besar di benua ini ialah Argentina, Australia, Belgium, Chile, Perancis, Jepang, New Zealand, Norway, Afrika Selatan, Kesatuan Soviet, United Kingdom dan Amerika Serikat di mana negara-negara ini telah mendirikan lebih 50 buah stasiun penyelidikan untuk tujuan tahun tersebut. Perjanjian ini dianggap sebagai suatu langkah diplomatik mengenai operasi dan kerjasama saintifik yang telah dicapai melalui kegiatan mereka di benua tersebut.