Sistem Transit Aliran Ringan Manila سيستم ترنسيت اليرن ريڠن مانيلا | |
---|---|
Umum | |
Nama asal | |
Pemilik | Pihak Berkuasa Transit Aliran Ringan |
Kawasan perkhidmatan | Metropolitan Manila |
Lokasi | Filipina |
Jenis transit | Transit Aliran |
Jumlah laluan/aliran | 2 |
Jumlah stesen | 38 |
Bil. penumpang harian | 700,000 (2015)[1] |
Operasi | |
Mula beroperasi |
|
Pengendali |
|
Teknikal | |
Panjang sistem | 33.4 kilometer (20.8 bt) |
Tolok landasan | 1,435 mm (4 kaki 8½ in) tolok piawai |
Pengelektrikan | Talian atas |
Kelajuan purata | 40 km/j (25 mph) |
Kelajuan tertinggi | 80 km/j (50 mph) |
sunting |
Sistem Transit Aliran Ringan atau lebih dikenali sebagai LRTA sahaja adalah satu sistem kereta api bandar yang memberi khidmat di kawasan Metropolitan Manila di Republik Filipina. Walaupun sistem ini dirujuk sebagai sistem kereta api ringan kerana asalnya menggunakan kenderaan rel ringan, ciri–cirinya lebih serupa dengan sistem transit aliran (metro) seperti membawa lebih ramai penumpang, hak lalu–lalang yang eksklusif dan kemudiannya menggunakan stok kereta api metro sepenuhnya. Sistem LRT ini dikendalikan oleh Pihak Berkuasa Transit Aliran Ringan (LRTA), satu perbadanan milik pemerintah dibawah bidang kuasa Jabatan Pengangkutan. Bersama–sama dengan Sistem Transit Rel Metro (MRT–3, juga dikenali sebagai Laluan Kuning yang baru) dan laluan komuter Kereta Api Kebangsaan Filipina (PNR), sistem tersebut membentuk prasarana kereta api di Manila.
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama A1