Sistem Transit Bersepadu Lembah Klang | |||
---|---|---|---|
Umum | |||
Lokasi | Lembah Klang | ||
Jenis transit | Kereta api komuter, transit aliran & transit aliran bas | ||
Jumlah laluan/aliran | 16 (12 beroperasi, 2 dalam pembinaan dan 2 dalam perancangan) | ||
Jumlah stesen | 177 stesen transit | ||
Bil. penumpang harian | 786,251 (2019[1]) | ||
Bil. penumpang tahunan | 245,238,163 (2019[1]) untuk Laluan 3 4 5 6 7 8 9 | ||
Operasi | |||
Mula beroperasi | 14 Ogos 1995 | ||
Pengendali | |||
Teknikal | |||
Panjang sistem | 555.7 km (345 bt) | ||
Tolok landasan | |||
Pengelektrikan |
| ||
| |||
sunting |
Sistem Transit Bersepadu Lembah Klang (TRANSIT) ialah rangkaian kenderaan bersepadu yang menyediakan perkhidmatan di Lembah Klang dan Kuala Lumpur Raya. Sistem ini terdiri daripada 12 laluan rel yang beroperasi; dua laluan kereta api komuter, enam laluan transit aliran, satu laluan transit aliran bas dan dua kereta api hubungan lapangan terbang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dan Terminal 2, dan satu lagi ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah.