Sistem kawalan tembakan

Satu meriam anti pesawat meriam 88mm bersama komputer kawalan tembakan semasa Perang Dunia II. Sistem ini dipamerkan di Muzium Perang Kanada.

Sistem Kawalan Tembakan merujuk kepada sejumlah komponen yang digunakan bersama-sama, biasanya sebuah komputer data, sebuah pengarah, dan radar, yang mana direka untuk membantu sistem senjata bagi menembak sasarannya. Ia melaksanakan tugas sama seperti jurumeriam yang menembak dengan menggunakan senjata, tetapi melakukannya dengan lebih cepat dan tepat.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne