Siti Elizad

Siti Elizad
Kelahiran
Siti Elizad binti Mohd Sharifuddin

(1984-05-25) 25 Mei 1984 (umur 40)
Nama lainElizad Sharifuddin, Ejad
PendidikanSijil Pelajaran Malaysia (SPM)
PekerjaanPelakon, pengacara, penyanyi
Tahun aktif1994–kini
Majikan
Ketinggian5 ft 7 in (1.7 m)
PasanganShamsul Baharin Rahman (k. 2015)
Ibu bapa
  • Mohd Sharifuddin Baharuddin (bapa)
  • Nazariah Mohd Salleh (ibu)

Siti Elizad Mohd Sharifuddin (lahir 25 Mei 1984) merupakan seorang pelakon, pengacara dan penyampai radio wanita Malaysia.[1][2] Beliau memulakan kerjaya lakonannya sebagai pelakon kanak-kanak sejak 1994.[3] Beliau diperkenalkan menerusi filem arahan Bade Hj. Azmi, Berlari Ke Langit sebagai watak utama.

Selain itu, nama beliau kembali melonjak naik menerusi drama rantaian slot Akasia di TV3 iaitu drama Teman Lelaki Upahan dengan memegang watak sebagai Kyra Lydia. Antara drama terkenal beliau ialah Lambaian Ramadan, Sikolot Suamiku, Syurga Yang Kedua, Aku Yang Kau Tinggalkan dan Mentua.

Siti Elizad menjadi penyampai radio wanita di Sinar.[4] FM pada tahun 2019 hingga 2023 untuk segmen Duo Sinar bersama Hefny Sahad dan juga segmen pagi iaitu Pagi Di Sinar bersama Jep Sepahtu, Rahim R2 dan Angah.

Kemunculannya pada era 1990an sezaman dengan Bell Ngasri, Anne Ngasri, Zul Huzaimy, Shaheizy Sam, Zizie Ezette, Lisa Surihani dan Liyana Jasmay serta pelakon lain yang mula aktif sejak 1990an.

  1. ^ Dunia baharu Siti Elizad Kosmo!. 7 Mei 2016.
  2. ^ Impak pesona Siti Elizad Kosmo!. 5 Oktober 2016.
  3. ^ Zul Husni Abdul Hamid, "Elizad semakin selesa di lokasi", Berita Harian, 28 Disember 2003.
  4. ^ Sudirman Mohd Tahir (21 Julai 2019). "Elizad artis versatil". Metro Ahad. Dicapai pada 13 Januari 2021.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne