Siti Nordiana | |
---|---|
![]() Nana ditemubual oleh MeleTOP selepas minggu pertama konsert Gegar Vaganza musim kedua pada 20 Oktober 2015 | |
Kelahiran | Siti Nordiana binti Alias 22 November 1984 |
Nama lain | Nana Siti Nordiana CT Nordiana Siti CT |
Pendidikan | Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) |
Pekerjaan | Penyanyi, pelakon, pencipta lagu, penulis lirik, pengacara, ahli perniagaan |
Tahun aktif | 1999–kini |
Karya | |
Pasangan | Faizal Yusup (k. 2006; c. 2009) |
Anak-anak | 1 |
Kerjaya muzik | |
Genre | |
Instrumen | Vokal |
Syarikat rakaman |
|
Pengkarya berkait | |
Siti Nordiana Alias (lahir 22 November 1984) ialah seorang penyanyi dan pelakon wanita Malaysia.[1][2][3][4][5][6] Dilahirkan di Seremban, Negeri Sembilan kepada pasangan peneroka FELDA, beliau memulakan kerjayanya dalam bidang muzik pada usia 15 tahun selepas menandatangani kontrak rakaman bersama FMC Music di mana beliau telah menerbitkan sebanyak 5 album studio.[7] Nama beliau kembali meningkat naik selepas menyertai dan menjuarai Gegar Vaganza musim ke-2.[8][9][10]
Antara lagu-lagu popular beliau ialah "Cinta Hanya Sandaran", "Bukan Mengungkit Tapi Membangkit", "Paling Comel", "Tak Tahan" dan "Terus Mencintai".[11] Selain sebagai penyanyi, Nana turut bergiat aktif dalam bidang lakonan, antara peranan televisyen terkenal beliau ialah Dia Semanis Honey (2016) dan Klik! Pengantin Musim Salju (2018). Beliau ialah pengasas dan pemilik SND Soul Entertainment—syarikat rakaman dan pengurusan artis yang mengkhususkan kepada pelapis baharu industri hiburan tanah air, juga berkhidmat sebagai pasukan pengurusannya.[12]
Pada September 2018, Nana telah menerbitkan memoirnya, Life Goes On yang menceritakan tentang perjalanan hidup beliau termasuk kehidupannya sebagai ibu tunggal kepada seorang anak.[13] Beliau digelar "The Finesse Queen of Leman" oleh blogger tempatan.[14][15] Beliau telah menerima pelbagai anugerah dan pencalonan dalam muzik dan televisyen, antaranya ialah Anugerah Bintang Popular Berita Harian, Anugerah Juara Lagu dan Anugerah MeleTOP Era.
Penyanyi, Siti Nordiana Alias, menganggap pembabitannya dalam program realiti, Mentor musim ketujuh (Mentor 7) menjadi landasan untuk dia mencari bakat baharu bernaung di bawah syarikat pengurusannya. Katanya, syarikat SND Soul yang ditubuhkan sejak mula menerbitkan lagu, "Terus Mencintai", tahun lalu, diharap dapat berkembang dan mempunyai penyanyi pelapis.