Siti Sarah | |
---|---|
Kelahiran | Siti Sarah binti Raissuddin 15 September 1984 |
Meninggal dunia | 9 Ogos 2021 | (umur 36)
Sebab kematian | COVID-19 |
Dikebumikan | Tanah Perkuburan Islam Pusu, Gombak, Selangor |
Pekerjaan | Penyanyi, pelakon |
Tahun aktif | 2001–2021 |
Pasangan | Shuib Sepahtu (k. 2011–2021) |
Anak-anak | 4 |
Ibu bapa |
|
Kerjaya muzik | |
Genre | Pop, Pop rock, balada, R&B |
Instrumen | Vokal |
Syarikat rakaman | NAR Records Indigital Music |
Pengkarya berkait | Ajai, Deja Moss, Jamal Abdillah, Zahid Baharuddin |
Siti Sarah Raissuddin (15 September 1984 – 9 Ogos 2021) merupakan seorang penyanyi dan pelakon wanita Malaysia.[1][2][3][4][5][6] Siti Sarah memulakan kerjayanya dalam bidang nyanyian apabila beliau berjaya menjadi peserta akhir untuk Bintang RTM 2001. Beliau juga berjaya menggondol anugerah Artis Baru Terbaik, Album Pop Terbaik dan Album Terbaik di Anugerah Industri Muzik 2003 (AIM 2003). Selain itu, beliau juga berjaya menerima anugerah Artis Baru Wanita Terbaik di Anugerah Planet Muzik 2003 (APM 2003). Beliau juga merupakan satu-satunya artis baru yang turut tercalon dalam kategori Artis Wanita Terbaik yang dimenangi oleh Siti Nurhaliza pada tahun tersebut.[7][8][9][10]