Slot Azalea

Azalea merupakan slot drama berbentuk kekeluargaan. Memulakan siarannya pada 2 Januari 2012 di TV3. slot Azalea disiarkan setiap Isnin - Khamis, 4.02 petang - 5:00 petang.

Mengambil fenomena slot Lagenda yang pernah bersiaran di TV3 dan TV9 yang disiarkan pada hari yang sama tetapi pada waktu yang berbeza pada sekitar tahun 2008 - 2010, mulai Januari 2016 slot Azalea dipindah siar ke TV9 dan disiarkan setiap Selasa - Jumaat, 8.30 - 9:30 malam dengan memulakan siaran perdananya di saluran itu pada 26 Januari 2016 dan diikuti ulangannya di TV3, 6 hari selepas tayangan perdana di TV9.[1]

  1. ^ Budiey (18 Januari 2016). Ada sebab TV3 dan TV9 ubah waktu siaran drama Sensasi Selebriti. Dicapai pada 3 Mei 2018.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne