Sofia
София | |
---|---|
Kathedral Alexander Nevsky | |
![]() Lokasi Sofia di Bulgaria | |
Negara | Bulgaria |
Wilayah | Sofia-City |
Pentadbiran | |
• Datuk Bandar | Boyko Borisov |
Keluasan | |
• Jumlah | 1,349 km2 (521 batu persegi) |
Aras | 550 m (1,800 ft) |
Penduduk (2008-12-15) | |
• Jumlah | ▲1,400,307 |
• Kepadatan | 1,030/km2 (2,700/batu persegi) |
Zon waktu | UTC+2 (EET) |
• Musim panas (DST) | UTC+3 (EEST) |
Laman sesawang | sofia.bg |
Sofia listen (bantuan·maklumat) (Bahasa Bulgaria: София, IPA: [ˈsɔ.fi.ja]) merupakan ibu negara serta bandar raya terbesar di Bulgaria, dengan 1.4 juta penduduk tinggal di Capital Municipality.[1] Ia terletak di bahagian barat Bulgaria, di kaki gunung massif Vitosha, dan merupakan pusat pentadbiran, kebudayaan, ekonomi serta pendidikan negara tersebut.
Sofia merupakan antara ibu kota terlama di Eropah, sejarahnya bermula seawal abad ke-8 SM, apabila orang Thrace mendirikan petempatan di situ.