Sophie Turner | |
---|---|
![]() Turner di WonderCon 2019 | |
Kelahiran | Sophie Belinda Turner 21 Februari 1996 |
Pekerjaan | Pelakon |
Tahun aktif | 2011 - kini |
Kampung asal | Chesterton, England |
Pasangan | Joe Jonas (berkahwin 2017) |
Anak-anak | 1 |
Sophie Belinda Jonas (née Turner; lahir 21 Februari 1996)[1] ialah seorang pelakon wanita England. Turner membuat kemunculan sulung dalam bidang lakonan sebagai Sansa Stark dalam siri televisyen fantasi HBO, Game of Thrones (2011–2019), yang membawa beliau pengiktirafan antarabangsa dan pujian kritis. Untuk persembahan beliau, beliau telah menerima empat pencalonan untuk Anugerah Screen Actors Guild untuk Persembahan Cemerlang oleh Ensembel dalam Siri Drama, serta pencalonan Anugerah Artis Muda untuk Pelakon Pembantu Muda Terbaik dalam Siri TV.[2]
Turner juga telah membintangi dalam filem televisyen The Thirteenth Tale (2013) dan membuat kemunculan sulungnya di layar perak menerusi filem Another Me (2013). Beliau juga telah membintangi filem aksi komedi Barely Lethal (2015) dan melakonkan watak Jean Gray/Phoenix dalam siri filem X-Men.[2]
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama winteriscominginterview