Spaniel pemburu Rusia

Spaniel pemburu Rusia
Nama lainSpaniel Rusia
Negara asalKesatuan Soviet
Trait
Berat Jantan 20–35 lb (9.1–15.9 kg)
Betina 20–35 lb (9.1–15.9 kg)
Tinggi Jantan 15–17.75 inci (38.1–45.1 cm)
Betina 15–17.75 inci (38.1–45.1 cm)
Anjing (Canis lupus familiaris)

Spaniel pemburu Rusia[a] atau hanya spaniel Rusia[b] ialah sejenis spaniel yang pertama dipiawaikan pada tahun 1951 di Kesatuan Soviet selepas Perang Dunia Kedua melalui pembiakbakaan silang kokerspaniel Inggeris, springerspaniel Inggeris, baka spaniel lain. Pada tahun 1951, piawaian spaniel Rusia diterima pakai. Pemilihan anjing untuk pembiakbakaan mula dijalankan menurut syarat. Secara fizikal, ia serupa dengan kokerspaniel, tetapi mempunyai lapis bulu lebih pendek dan lebih ketat dan tubuh lebih panjang. Setelah dikembangkan dan digunakan sebagai anjing pemburu, baka ini tidak menderitai sebarang aduan kesihatan besar selain yang biasanya dikaitkan dengan spaniel. Ia merupakan satu-satu baka gundog yang berasal dari Rusia. Ia digunakan untuk pemburuan burung buruan (unggas rawa, unggas padang, unggas tanah tinggi, dan unggas air) dan kelinci. Baka ini, yang popular in di tanah airnya Rusia, hanya diperkenalkan di luar negara pada tahun 1990-an dan belum diiktiraf oleh mana-mana kelab kenel utama, tetapi sudah diiktiraf oleh Persekutuan Kinologi Rusia.[1]


Ralat petik: Tag <ref> wujud untuk kumpulan bernama "lower-alpha", tetapi tiada tag <references group="lower-alpha"/> yang berpadanan disertakan

  1. ^ "Piawaian baka Persekutuan Kinologi Rusia" (PDF) (dalam bahasa Rusia). Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 6 Julai 2022. Dicapai pada 22 Mac 2024.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne