Stadium Etihad ستاديوم إتحاد | |
---|---|
![]() | |
![]() Stadium Elit UEFA | |
Nama lama | Stadium Bandar Raya Manchester[1] |
Lokasi | SportCity, Rowsley St., Manchester M11 3FF |
Koordinat | 53°28′59″N 2°12′1″W / 53.48306°N 2.20028°WKoordinat: 53°28′59″N 2°12′1″W / 53.48306°N 2.20028°W |
Pecah tanah | Disember 1999[2] |
Dibuka | 25 Julai 2002 (olahraga)[3] 10 Ogos 2003 (bola sepak)[3] |
Diperbesarkan | 2002–2003 |
Pemilik | Majlis Bandar Raya Manchester |
Pengendali | Manchester City F.C. |
Permukaan | Desso GrassMaster |
Kos pembinaan | £112 juta (stadium olahraga awal) £22 juta (penukaran untuk bola sepak) £20 juta (menambah restoran, bar dan lain-lain) |
Arkitek | Arup Associates |
Kontraktor utama | Laing Construction Ltd. Watson Steel Ltd. |
Kapasiti | 47,805 – Bola sepak tempatan (2011–)[4] 47,726 – Bola sepak tempatan (2003–11)[5] 45,500 – Bola sepak seliaan UEFA[6] 60,000 – Konsert muzik[7] 57,000 – Tinju[8] 38,000 – Sukan Komanwel 2002[9] |
Dimensi padang | 105 dengan 68 meter (344 kaki x 223 kaki) |
Penyewa | |
Manchester City F.C. Tuan rumah bagi acara sukan utama Sukan Komanwel 2002 Kejuaraan Wanita UEFA 2005 Piala Akhir UEFA 2008 Ricky Hatton vs. Juan Lazcano (Perlawanan gelaran juara dunia IBO 2008) |
Stadium Bandar Raya Manchester (ستاديوم بندر راي منچيستر, bahasa Inggeris: Manchester City Stadium ) atau Stadium Etihad (bahasa Inggeris: Etihad Stadium hasil penajaan Etihad Airways[1]) ialah sebuah stadium yang terletak di Manchester, England.[10][1][11] Stadium ini juga dikenali sebagai "COMS" atau "Eastlands".[12][13][14] Stadium ini telah direka oleh Arup dan dibina oleh John Laing. Ia pertama kali direka bentuk sebagai sebahagian daripada bidaan yang gagal Manchester untuk ke Sukan Olimpik Musim Panas 2000. Stadium ini telah dibina untuk Sukan Komanwel 2002 dengan kos berjumlah £110 juta. Selepas sukan tersebut, stadium ini telah ditukar kepada sebuah stadium bola sepak dan menjadi gelanggang kelab kepada pasukan bola sepak Liga Perdana Inggeris iaitu Kelab Bolasepak Bandar Raya Manchester (Manchester City F.C.) setelah menandatangani perjanjian pajakan selama 250 tahun pada tahun 2003.[15]
Bentuk stadium ini adalah seperti mangkuk. Stadium ini mempunyai dua tingkat di semua laluan. Terdapat pula tingkat tiga di bahagian tempat duduk sisi tengah stadium. Sebagai permulaan musim 2010/2011, stadium ini adalah stadium kelima terbesar dalam Liga Perdana FA dan kedua belas terbesar di United Kingdom dengan 47,805 tempat duduk. Kapasiti tempat duduk itu dikurangkan kepada kepada 45,500 apabila terdapat perlawanan bola sepak UEFA (Kesatuan Bola Sepak Eropah) disebabkan oleh kehendak penaja UEFA. Kehadiran penonton bola sepak teramai di stadium ini telah direkodkan pada 5 Disember 2009 apabila 47,348 peminat datang menyaksikan perlawanan antara Manchester City dengan Chelsea. Pada 14 Mei 2008, stadium ini telah menjadi stadium tuan rumah bagi Piala Akhir UEFA 2008.
Pada Mac 2010, pihak Manchester City telah menandatangani satu perjanjian dengan Majlis Bandar Raya Manchester untuk memberi kebenaran bagi membangunkan semula tanah di sekeliling stadium. Pembangunan tersebut termasuklah menambah bilangan tempat duduk kepada 60,000 di dalam stadium.[16] Kerja-kerja pembangunan tersebut telah dimulakan pada September 2010.[17] Kelab tersebut juga telah berbincang dengan pihak majlis bandaraya untuk membuat pajakan baharu bagi stadium itu untuk masa hadapan.[18]
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama renaming
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama foundation stone
Note: Kapasiti Stadium Bandaraya Manchester telah berubah beberapa kali sejak musim luruh tahun 2008 dengan sedikit pengubahsuaian. Kapasiti semasanya ialah 47,805.
Note: The original MCFC OWS source citation supporting this value is now archived and inaccessible but this one is still extant. Also see Talk Page discussion WRT veracity of this value for all seasons prior to current one.
...the ground will not be full to a capacity reduced to 45,500 because of Uefa's advertising requirements.
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Oasis 2005
The athletics track would be dismantled to allow the seating capacity to be increased from 38,000 to 48,000.
Some call it 'Eastlands', an area that doesn't officially exist on maps, some who like expending their breath call it by its Sunday best name 'City of Manchester Stadium', others prefer to shorten that to 'COMS' while still more refer to City's stronghold as 'Sportcity' in keeping with those nice brown signs that help everyone find their way to the complex.
a reference to the deprived area of east Manchester which lies in the shadow of the Etihad Stadium
Also known as Eastlands, the City of Manchester Stadium has been Manchester City's home since 2003 and seats 48,000 fans
|date=
(bantuan)
|date=
(bantuan)