Stadium Palaran | |
---|---|
Stadium Kaltim | |
Lokasi | Palaran, Samarinda, Kalimantan Timur, Indonesia |
Koordinat | 0°35′10″S 117°07′54″E / 0.58617°S 117.13160°E |
Dibuka | 18 Jun 2008 |
Pemilik | Kerajaan Negeri Kalimantan Timur |
Pengendali | Badan Pengelola Stadium Palaran |
Permukaan | Rumput[1] |
Kos pembinaan | IDR 800 Billion [2] |
Arkitek | Dr.Ir. I Gusti Ngurah Antaryama, PhD. bersama pasukan dari Institut Teknologi Sepuluh Nopember Surabaya |
Kapasiti | 35.000 [3] |
Stadium Kaltim atau sering disebut pula Stadium Palaran adalah sebuah stadium serbaguna di Kota Samarinda, Kalimantan Timur yang merupakan sebahagian daripada kompleks sukan Utama Kaltim. Stadium ini dibina oleh Kerajaan Negeri Kalimantan Timur untuk menghadapi Sukan Negara (PON) ke XVII dan dirasmikan penggunaannya oleh Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono pada 18hb jun 2008.[4] Stadium ini digunakan sebagai tempat upacara pembukaan PON XVII pada tarikh 5 Julai 2008[5] dan upacara penutupan PON XVII pada 17 Julai 2008. Selain itu stadium ini juga digunakan oleh PSSI babak terakhir dan 8 perlawanan besar Liga Super Indonesia 2008.