Staf Tentera (sering dipanggil sebagai Staf Am, Staf Tentera Darat, Staf Tentera Laut, Staf Tentera Udara ataupun Turus Tentera didalam setiap perkhidmatan angkatan tentera) ialah sekumpulan pegawai dan anggota lain-lain pangkat yang bertanggungjawab bagi hal ehwal pentadbiran, operasi dan logistik untuk unitnya. Ia menyediakan aliran informasi dwi arahan antara pegawai memerintah dan unit-unit tentera bawahan. Staf juga menyediakan satu fungsi eksekutif yang menapis informasi yang diperlukan oleh komander atau memindahkan informasi yang tidak diperlukan.