Stan Lee | |
---|---|
![]() Lee pada tahun 2014 | |
Kelahiran | Stanley Martin Lieber 28 Disember 1922 Bandar Raya New York, New York, Amerika Syarikat |
Meninggal dunia | 12 November 2018 Los Angeles, California, Amerika Syarikat | (umur 95)
Kewarganegaraan | Amerika |
Karya terkenal | Spider-Man Fantastic Four X-Men Hulk Iron Man Thor Daredevil Doctor Strange |
Anugerah | Comics Hall of Fame |
Tandatangan | |
![]() |
Stan Lee (lahir sebagai Stanley Martin Lieber, 28 Disember 1922 – 12 November 2018)[1][2] ialah seorang penulis dan penyunting buku komik berbangsa Amerika Syarikat dan bekas presiden dan pengerusi syarikat Marvel Comics.
Bersama beberapa orang pelukis ternama, khususnya Jack Kirby dan Steve Ditko, beliau mencipta watak Spider-Man, Fantastic Four, X-Men, Iron Man, Hulk, Thor, Daredevil, Doctor Strange, dan banyak lagi watak-watak cereka, sambil memperkenalkan watak-watak yang rumit dan naturalistik[3] ke dalam karya-karya komik bergenre adiwira.[4] Selain itu, beliau pernah mengetuai cabaran terulung yang berjaya melawan pertubuhan penapisan komik yang amat tegas, iaitu Comics Code Authority, sekaligus memaksa pertubuhan tersebut memperbaharui dasar-dasarnya.[perlu rujukan] Selepas itu, Lee menerajui peluasan Marvel Comics dari sebahagian kecil syarikat penerbitan lain, menjadi sebuah korporasi multimedia gergasi.