Steam | |
---|---|
![]() Logo Steam | |
![]() | |
Pembuat asal | Valve Corporation |
Pembangun | Valve Corporation |
Pelancaran pertama | Windows: 12 September 2003[1] Mac OS X: 12 Mei 2010 Linux: 14 Februari 2013 Mobile: 26 Januari 2012 |
Versi terkini/stabil | 1.0.0.81 (15 Ogos 2024) |
Ditulis dalam | C++[2] Objective-C (OSX) Java (Android) |
Sistem pengendalian | Microsoft Windows, macOS, Linux, Android, iOS, Windows Phone |
Pelantar | Pelanggan Desktop: Microsoft Windows OS X[3] Linux[4] SteamOS[5] Pelanggan Terbatas: PlayStation 3[6] iOS Android |
Tersedia dalam | 28 bahasa |
Jenis | Video game distribution platform, repositori perisian, Pengurusan hak digital |
Genre | Pengedaran digital Pengurusan hak digital Perkhidmatan rangkaian sosial |
Lesen | Steam Subscriber Agreement (Perisian hak milik) |
Pautan berkaitan | |
Tapak web | store |
Pautan lain | ![]() ![]() |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Steam [stim] ialah sebuah pelantar pengedaran digital, pengurusan hak digital, permainan video berganda, dan perkhidmatan rangkaian sosial berasaskan Internet dibangunkan oleh Valve Corporation. Ia menyediakan para penggunanya kemudahan pemasangan dan pengemaskinian automatik permainan video pada beberapa komputer, dan ciri komuniti seperti senarai rakan dan kumpulan, simpanan awan (cloud storage), dan fungsi suara dan sembang dalam permainan. Perisian dalaman platform ini menyediakan Antara Muka Pengaturcaraan Aplikasi (API) percuma yang digelar Steamworks, yang mana pembangun boleh menggunakannya untuk menyatukan banyak fungsi Steam, termasuk perangkaian dan pemadanan, pencapaian dalam permainan, transaksi mikro, dan sokongan untuk kandungan ciptaan pengguna melalui Steam Workshop, ke dalam produk mereka.
Walaupun platform ini pada mulanya dibangunkan untuk perisian Microsoft Windows, namun versi untuk sistem operasi OS X dan Linux juga telah tersedia. Aplikasi yang mana fungsi utamanya ialah berbual dan membeli-belah juga telah dikeluarkan untuk peranti mudah alih iOS dan Android. Laman sesawang Steam juga mereplikakan banyak etalase dan ciri-ciri rangkaian sosial aplikasi berdiri sendirinya.