Rel ringan/Alihan laju | ||||||||||||||||||||||||||||||||
![]() Platform stesen MRT, menunjukkan kereta api menunggu untuk bertolak. | ||||||||||||||||||||||||||||||||
Lokasi | 950 Upper Bukit Timah Road Singapura 678213 (DTL) 11 Petir Road Singapura 678268 (BP) | |||||||||||||||||||||||||||||||
Koordinat | 1°22′42″N 103°45′42″E / 1.378436°N 103.761767°E | |||||||||||||||||||||||||||||||
Dikendalikan oleh | SMRT Light Rail (SMRT Corporation) (BP) SBS Transit DTL (DTL) | |||||||||||||||||||||||||||||||
Laluan | ||||||||||||||||||||||||||||||||
Platform |
| |||||||||||||||||||||||||||||||
Trek | 4 (2 MRT, 2 LRT) | |||||||||||||||||||||||||||||||
Sambungan | Bas, teksi | |||||||||||||||||||||||||||||||
Pembinaan | ||||||||||||||||||||||||||||||||
Jenis struktur |
| |||||||||||||||||||||||||||||||
Tingkat platform | 5 | |||||||||||||||||||||||||||||||
Kemudahan OKU | Ya | |||||||||||||||||||||||||||||||
Maklumat lain | ||||||||||||||||||||||||||||||||
Kod stesen | BP6 DT1 | |||||||||||||||||||||||||||||||
Sejarah | ||||||||||||||||||||||||||||||||
Dibuka | 6 November 1999 (BP) 27 Disember 2015 (DTL) | |||||||||||||||||||||||||||||||
Perkhidmatan | ||||||||||||||||||||||||||||||||
| ||||||||||||||||||||||||||||||||
Lokasi | ||||||||||||||||||||||||||||||||
![]() |
Stesen Bukit Panjang (DT1/BP6) merupakan stesen pertukaran Sistem Pengangkutan Gerak Cepat (MRT) bagi Laluan Pusat Bandar yang terletak di sempadan kawasan rancangan Bukit Panjang, Bukit Batok dan Choa Chu Kang di Singapura terutamanya di Bandar Baru Bukit Panjang. Ia merupakan terminal barat bagi Laluan Pusat Bandar, dengan laluan bersambung ke utara sebagai laluan perkhidmatan ke Depot Gali Batu. Stesen ini disepadukan dengan Pertukaran Bas Bukit Panjang yang dibangunkan semula pada 2017.[1]
Stesen MRT ini disambungkan dengan stesen Sistem Rel Ringan (LRT) melalui jambatan di aras mezanin stesen LRT. Jarak tidak jauh dari stesen pertukaran ialah Bukit Panjang Plaza dan Junction 10.
Tidak ada hubungan berbayar di antara stesen MRT dan LRT, di mana pengguna perlu ketik keluar dan ketik sekali lagi apabila bertukar di antara dua laluan. Tiada caj tambahan dikenakan selagi pertukaran dari aras jalan LRT Bukit Panjang atau pintu tambang aras mezanin dan pintu tambang Laluan Pusat Bandar (atau sebaliknya) dibuat dalam masa 15 minit.[2] Stesen ini merupakan salah satu daripada tiga stesen pertukaran di Singapura di mana pengguna perlu ketik keluar dan ketik sekali lagi apabila bertukar di antara dua laluan; iaitu stesen Tampines dan Newton. Stesen ini juga ialah stesen bertingkat (atas jejambat) pertama di Singapura tanpa hubungan berbayar apabila menukar di antara dua aliran.