NS25 EW13 Stesen MRT City Hall City Hall MRT Station 政府大厦地铁站 நகர மண்டபம் | ||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Stesen Pertukaran | ||||||||||||||||
Lokasi | 150 North Bridge Road Singapura 179100 | |||||||||||||||
Koordinat | 1°17′35.66″N 103°51′7.99″E / 1.2932389°N 103.8522194°E | |||||||||||||||
Dimiliki oleh | Land Transport Authority (LTA) SMRT Corporation | |||||||||||||||
Laluan | ||||||||||||||||
Platform | Pulau | |||||||||||||||
Trek | 4 | |||||||||||||||
Sambungan | Bas, Teksi | |||||||||||||||
Pembinaan | ||||||||||||||||
Jenis struktur | Bawah Tanah | |||||||||||||||
Tingkat platform | 4 | |||||||||||||||
Kemudahan OKU | Ya | |||||||||||||||
Maklumat lain | ||||||||||||||||
Kod stesen | NS25/EW13 | |||||||||||||||
Sejarah | ||||||||||||||||
Dibuka | 12 Disember 1987 | |||||||||||||||
Perkhidmatan | ||||||||||||||||
| ||||||||||||||||
Lokasi | ||||||||||||||||
Stesen MRT City Hall (NS25/EW13) ialah stesen pertukaran melintasi platform untuk Laluan MRT Utara Selatan dan Laluan MRT Timur Barat di Singapura. Stesen ini dibuka pada 12 Disember 1987 dan menjadi stesen pertukaran pada 4 November 1989.
Stesen ini diletakkan di bawah persimpangan Stamford Road dan North Bridge Road di dalam Downtown Core. Stesen MRT City Hall merupakan salah sebuah stesen yang sentiasa sibuk disebabkan ia stesen pertukaran dan stesen diletakkan di hati bandar Singapura. Monumen City Hall berdekatan dengan stesen tersebut.
Stesen ini mempunyai tiga tempat masuk dan keluar. Exit A dihubungkan dengan Pusat Membeli-belah Raffles City, manakala Exit B menuju ke North Bridge Road di atas stesen. Exit C dihubungkan dengan Pusat Membeli-belah CityLink Mall (bawah tanah), memberikan akses ke Suntec City and Convention Centre, Marina Square, Esplanade – Theatres on the Bay dan CC3 Esplanade.
Orang ramai yang berkumpul di stesen ini semasa waktu puncak hanya dikalahkan oleh Orchard dan mungkin Dhoby Ghaut, Jurong East, Tampines, Yishun, Tanjong Pagar dan Outram Park.
Stesen ini merupakan salah satu stesen untuk muncul dalam Monopoly Edisi Singapura. Ia juga dicakapkan tentang oleh filem 2009 Bahasa Inggeris Whiteout.