Stesen Angkasa Mir

Stesen Angkasa Mir
Mir selepas pemisahan dengan Discovery pada 12 Jun, 1998.
Mir selepas pemisahan dengan Discovery pada 12 Jun, 1998.
Statistik stesen
NSSDC ID:1986-017A
Isyarat panggilan:Mir
Krew:3
Pelancar:19 Februari, 1986
21:28:23 UTC
Pad pelancar:LC-200/39, dan LC-81/23, Kosmodrom Baikonur,
Kesatuan Soviet
Kemasukkan semula:23 Mac, 2001
05:50:00 UTC
Berat:124,340 kg
(274,123 lb)
Isipadu ruang kediaman:350 m³
Perigi:386 km (207.9 batu nautika)[meragukan ]
Apogi:398 km (212.5 batu nautika)[meragukan ]
Kecondongan orbit:51.6 darjah
Tempoh orbit:89.8 minit
Orbit sehari:16.13
Hari dalam orbit:5,519 hari
Hari didiami:4,592 hari
Jarak jelajah:3,638,470,307 km
(1,964,616,800 batu nautika)
Statistik setakat pada 23 Mac, 2001 (apabila Mir berhenti mengorbit).[perlu rujukan].
Tatarajah
Tatarajah terakhir Mir dengan kapal bolak balik angkasa
Tatarajah terakhir Mir dengan kapal bolak balik angkasa
Stesen Angkasa Mir

Mir (Rusia: Мир, bahasa Melayu sama ada Aman atau Dunia) merupakan sebuah stesen orbit angkasa milik Soviet (dan kemudian Rusia). Mir merupakan sebuah stesen penyelidikan pertama di dunia yang secara konsisten didiami paling lama oleh manusia di angkasa. Mir juga merupakan sebuah stesen angkasa lepas "generasi ketiga" yang pertama dibina. Stesen ini dibina selama beberapa tahun dengan rekabentuk modular.

Mir memegang rekod untuk kehadiran manusia secara berterusan terlama di angkasa, kurang lapan hari bagi mencapai tempoh 10 tahun, dan melalui beberapa kerjasama, boleh dilawati oleh kosmonaut dan angkawasan antarabangsa dari pelbagai negara (program antara-kosmos). Satu peristiwa yang terpenting dalam Program Angkasa Lepas Mir, adalah lawatan kapal angkasa bolak balik Amerika Syarikat ke stesen ini sebanyak 11 kali, yang membawa bekalan dan menyediakan penukaran anak kapal. Pemasangan Mir di orbit dilakukan dengan menyambungkan beberapa modul, setiap satunya dilancarkan secara berasingan bermula pada tahun 1986 sehingga 1996.

Stesen ini terus wujud sehingga 23 Mac 2001, apabila ia dikeluarkan daripada orbit, berpecah semasa kemasukkan semula ke dalam atmosfera di atas Laut Pasifik Selatan.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne