Stesen Komuter Sentul

 KC05 
Sentul
سنتول
Stesen KTM Komuter
Pemandangan luar stesen Sentul.
LokasiJalan Perhentian, Sentul, Kuala Lumpur, Malaysia.
Koordinat3°11′0″N 101°41′20″E / 3.18333°N 101.68889°E / 3.18333; 101.68889
Dimiliki olehKeretapi Tanah Melayu
LaluanLaluan Sentul-Pelabuhan Klang (KTM Komuter) (1995 - kini)
Platform1 platform tengah
Trek3
Pembinaan
Templat letak kenderaanPercuma.
Maklumat lain
Kod stesenSENTUL
Dielektrikkan1995
Lokasi
Map

Stesen Komuter Sentul ialah sebuah stesen kereta api komuter yang terletak di timur Sentul, Kuala Lumpur, dalam perkhidmatan Laluan Sentul-Pelabuhan Klang KTM Komuter. Stesen terminus ini terletak di Jalan Perhentian, berdekatan Jalan Ipoh.

Stesen ini terletak tidak jauh daripada dua stesen LRT Aliran Ampang yang juga berkhidmat di Sentul. Stesen Komuter Sentul terletak 730 m di barat daya stesen LRT Sentul Timur, dan 900 m di barat laut stesen LRT Sentul yang terletak di bahagian selatan Sentul.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne