Stesen LRT Ampang adalah stesen LRT di Ampang, Selangor dimana Laluan Ampang berkhidmat di stesen ini. Stesen ini adalah stesen terminal timur bagi Laluan Ampang. Stesen ini dibuka pada 16 Disember 1996 dengan pembukaan LRT STAR antara stesen ini dan stesen Sultan Ismail.[1] Jajaran LRT ini antara Chan Sow Lin dengan stesen ini menggunakan jajaran KTM lama antara Ampang Junction dengan Ampang. Jajaran KTM ini sepanjang 3.8 batu (6.1 km) pada asalnya dibuka pada 1 Mei 1914.[2]
^David White. "Kuala Lumpur's new LRT line"(PDF). Sydney Tramway Museum (dalam bahasa Inggeris). m/s. 12-13. Dicapai pada 8 Mei 2019.