Stesen MRT Hospital Kuala Lumpur

Hospital Kuala Lumpur
Stesen transit aliran deras (MRT) | Rapid_KL_Logo
Aras platform stesen MRT Hospital Kuala Lumpur
LokasiStesen MRT Hospital Kuala Lumpur, Jalan Tun Razak, Titiwangsa, 53200 Kuala Lumpur, Malaysia
Koordinat3°10′26″N 101°42′06″E / 3.173989°N 101.701568°E / 3.173989; 101.701568Koordinat: 3°10′26″N 101°42′06″E / 3.173989°N 101.701568°E / 3.173989; 101.701568
Dimiliki olehMRT Corp
Dikendalikan olehRapid KL (subsidiari Prasarana Malaysia)
Laluan12 Laluan Putrajaya
Platform1 platform tengah
Trek2
SambunganPengangkutan bas Rapid Bus: 402
Pembinaan
Jenis strukturBawah tanah
Templat letak kenderaanAda (di Hospital Kuala Lumpur)
Kemudahan OKUYa
Maklumat lain
StatusBeroperasi
Kod stesen PY18 
Sejarah
Dibuka16 Mac 2023; 22 bulan yang lalu (2023-03-16)
DielektrikkanYa
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya Stesen seterusnya
Titiwangsa
menghala ke Kwasa Damansara
Laluan Putrajaya Raja Uda
menghala ke Putrajaya Sentral
Lokasi
Map

Stesen MRT Hospital Kuala Lumpur (HKL) ialah stesen Transit Aliran Deras (MRT) bawah tanah, di Titiwangsa, Kuala Lumpur yang menjadi tempat perkhidmatan MRT Laluan Putrajaya (PYL).[1] Ia terletak di antara Stesen MRT Titiwangsa dan Stesen MRT Raja Uda serta mempunyai kod stesen iaitu PY18.[2][3] Stesen MRT ini terdiri daripada empat aras iaitu, aras tanah di mana pintu masuk dan keluar stesen berada, aras legar, aras platform dan aras mezanin. Stesen MRT Hospital Kuala Lumpur terdiri daripada tiga pintu masuk dan keluar iaitu A di Hospital Kuala Lumpur, B di Jalan Kuantan dan C di Jalan Maran.[3]

Nama stesen MRT Hospital Kuala Lumpur mula diumumkan pada tahun 2016 dalam sebuah video tayangan rasmi di Youtube, dan dibina dibawah kontrak kerja pembinaan bawah tanah dengan kod stesen awal iaitu S14.[4][5] Stesen MRT Hospital Kuala Lumpur merupakan sebahagian daripada projek Transit Aliran Deras Lembah Klang (KVMRT) di Lembah Klang dan dibuka rasmi secara rasmi 16 Mac 2023 di bawah pembukaan Fasa 2 laluan tersebut yang melibatkan stesen-stesen di sepanjang jajaran Kampung Batu ke Putrajaya Sentral.[6]

  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama paultan
  2. ^ "Klang Valley Integrated Transit Map" [Peta Transit Berintegrasi Lembah Klang] (PDF). MyRapid (dalam bahasa Inggeris). Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat. 2021. Dicapai pada 20 Februari 2022.
  3. ^ a b MRT Corp. "Putrajaya Line Revisi Railway Scheme Submission Station Site Context Plan" [Penyerahan Skim Kereta Api Semakan dan Pelan Konteks Tapak Stesen Laluan Putrajaya] (dalam bahasa Inggeris). Kerajaan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Julai 2022. Dicapai pada 29 Januari 2022.
  4. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama youtube
  5. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Kontrak
  6. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama FMT

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne