Stesen Pasar Seni

Pasar Seni Rapid KL
ڤاسر سني
Papan tanda stesen di platform LRT Pasar Seni.
LokasiStesen Pasar Seni, Jalan Sultan, 50000 Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur, Malaysia
Koordinat3°8′33″N 101°41′44″E / 3.14250°N 101.69556°E / 3.14250; 101.69556Koordinat: 3°8′33″N 101°41′44″E / 3.14250°N 101.69556°E / 3.14250; 101.69556
Dimiliki olehPrasarana Malaysia
MRT Corp
Laluan5 Laluan Kelana Jaya
9 Laluan Kajang
Platform2 platform tengah
Trek4
Pengendali kereta api5 9 RapidKL (subsidiari Prasarana Malaysia)
Sambunganstesen sambungan Keretapi Tanah Melayu Kuala Lumpur

Pengangkutan bas RapidKL: BET3, BET4, 180, 600, 640, 650, 750, 751, 770, 772, 780, 781, 782, 821, 851
Pengangkutan bas Wawasan Sutera: 710, 734
Pengangkutan bas Seranas: 700

Pengangkutan bas Bas GoKL: Ungu
Pembinaan
Jenis struktur5 Bertingkat
9 Bawah tanah
Templat letak kenderaanTiada
Kemudahan basikalTiada
Kemudahan OKUYa Akses OKU
Maklumat lain
Kod stesen KJ14   SBK16 
Sejarah
Dibuka5 1 September 1998
9 17 Julai 2017
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya   Rapid KL   Stesen berikutnya
menghala ke Gombak
Laluan Kelana Jaya
menghala ke Putra Heights
menghala ke Kwasa Damansara
Laluan SBK
menghala ke Kajang
Lokasi
Map

Stesen Pasar Seni ialah stesen transit bersepadu yang terletak berhampiran Pasar Seni, Kuala Lumpur, Malaysia. Pasar Seni merupakan stesen bagi Laluan Kelana Jaya dan Laluan Sungai Buloh-Kajang. Stesen ini dinamakan sempena Pasar Seni yang berdekatan dan terletak berhampiran Jalan Petaling dan kawasan yang dikenali sebagai Chinatown Kuala Lumpur.

Stesen ini mula dibuka kepada awam dengan perasmian segmen pertama PUTRA LRT (kini Laluan Kelana Jaya) yang melalui 10 stesen bertingkat antara stesen Kelana Jaya dan stesen ini pada 1 September 1998. Laluan Sungai Buloh-Kajang pula mula berkhidmat di stesen ini pada 17 Julai 2017 dengan perasmian fasa kedua laluan ini antara stesen Muzium Negara dan stesen Kajang.

Stesen ini juga menempatkan hab bas RapidKL utama iaitu Hab Pasar Seni dimana 18 laluan bas berkhidmat di hab ini. Selain itu, terdapat jambatan pejalan kaki menghubungkan stesen ini dengan 1 2 Kuala Lumpur, yang mempunyai perkhidmatan KTM Komuter dan KTM ETS.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne