Stesen Tentera Laut Norfolk | |
---|---|
Sebahagian daripada Tentera Laut Kawasan Atlantik Tengah | |
Norfolk, Virginia, Amerika Syarikat | |
Koordinat | 36°56′42″N 76°18′47″W / 36.94500°N 76.31306°WKoordinat: 36°56′42″N 76°18′47″W / 36.94500°N 76.31306°W |
Jenis | Pangkalan tentera laut |
Maklumat tapak | |
Pemilik | Amerika Syarikat |
Pengguna | Tentera Laut A.S |
Dibuka kepada orang awam | Tidak |
Sejarah tapak | |
Dibina | 4 Julai, 1917 |
Diguna sejak | 1917 | - kini
Maklumat garison | |
Komander terkini | CAPT Rich McDaniel |
Penghuni | Komander, Tentera Laut Kawasan Atlantik Tengah Komander, Markas Pembangunan Peperangan Tentera Laut |
Stesen Tentera Laut Norfolk adalah sebuah pangakalan Tentera Laut Amerika Syarikat yang terletak di Norfolk, Virginia. Ia menyokong pasukan tentera laut dalam Markas Pasukan Armada Amerika Syarikat,[1] yang beroperasi di Lautan Atlantik, Laut Mediterranean, dan Lautan Hindi. Pangkalan ini meliputi sekitar 4 batu (6.4 km) kawasan air dan 11 batu (18 km) kawasan jeti dan dermaga di semenanjung Hampton Roads yang dikenali sebagai Sewell's Point. Ia merupakan stesen tentera laut yang terbesar di dunia, dengan penumpuan terbesar pasukan Tentera Laut A.S dengan 75 buah kapal berlabuh di 14 buah jeti bersama 134 buah pesawat dan 11 buah hangar pesawat yang beroperasi di Chambers Field [2] Perkhidmatan Pelabuhan mengawal lebih daripada 3,100 buah pergerakan kapal setahun.
Operasi Udara pula melakukan lebih daripada 100,000 operasi penerbangan setiap tahun, sekitar 275 penerbangan sehari atau satu penerbangan pada setiap enam minit. Lebih 150,000 orang penumpang dan 264,000 tan surat dan kargo diuruskan setahun melalui pesawat Markas Mobiliti Udara (AMC) dan penerbangan yang disewa oleh AMC melalui Terminal AMC.[3]