Stesen kereta api

Stesen kereta api di Malaysia.

Stesen kereta api, stesen keretapi atau depoh ialah kemudahan pengangkutan rel atau tempat di mana kereta api biasanya berhenti untuk mengambil/menurunkan para penumpang dan mengangkut barangan atau kedua-duanya sekali.[1] Ia biasanya terdiri daripada sekurang-kurangnya satu platform, satu trek dan bangunan stesen yang menyediakan perkhidmatan sampingan seperti penjualan tiket, bilik menunggu dan perkhidmatan bagasi/kargo.[2] Lazimnya terdapat pengangkutan awam lain yang berhubung dengan stesen kereta api seperti bas dan teksi.

  1. ^ "Bishopsgate Goods Station (Goodsyard)". Subterranea Britannica. 2005-06-29. Dicapai pada 2008-03-13.
  2. ^ "NS Station Furniture". Benelux Railways Society. Dicapai pada 2008-03-13.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne