Stesen keretapi Pulau Sebang/Tampin

Stesen Keretapi Pulau Sebang

Stesen KTMB Pulau Sebang (Jawi: ڤولاو سبڠ) merupakan stesen kereta api bagi penumpang yang ingin ke Melaka menggunakan rel. Stesen ini sebenarnya terletak di Pulau Sebang, Melaka bersebelahan dengan bandar Tampin, Negeri Sembilan.Jarak Pekan Pulau Sebang ke Pusat Bandar Alor Gajah sejauh 9 kilometer.Manakala ke Bandaraya Melaka sejauh 30 kilometer atau 20 minit dengan kereta melalui Lebuh AMJ. Stesen ini terletak di antara stesen Seremban dan Gemas. Projek landasan berkembar elektrik dari Seremban ke Gemas melalui 32 kilometer dalam Negeri Melaka yang melibatkan daerah Alor Gajah dan Jasin. Stesen KTMB Pulau Sebang/Tampin sekarang akan dipindahkan di lokasi baru beberapa meter ke arah utara dan dilengkapi bangunan dua tingkat dengan tempat letak kereta yang luas dan moden. Ada cadangan dari kerajaan Negeri Melaka untuk menempatkan stesen bas dan teksi Pulau Sebang berhampiran dengan stesen KTMB.Walau bagaimanapun pembinaan stesen bas dan teksi belum lagi dimuktamadkan kerajaan negeri Melaka. Kerajaan Negeri Melaka mahukan stesen KTM yang baru ini tidak lagi dibayangi dengan nama Tampin, sebaliknya pengguna mengetahui stesen KTMB yang baru ini dalam daerah Alor Gajah, Melaka dan bukan Tampin Negeri Sembilan.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne