Steve Jobs | |
---|---|
![]() Jobs memegang sebuah iPhone 4 di Worldwide Developers Conference 2010 | |
Kelahiran | Steven Paul Jobs 24 Februari 1955[1][2] |
Meninggal dunia | 5 Oktober 2011[1] Palo Alto, California, A.S.
[3] | (umur 56)
Pusat pendidikan | Reed College (satu semester 1972) |
Pekerjaan | Pengerusi, Apple Inc. |
Nilai bersih | ▲$8.3 bilion (2011)[4] |
Ketinggian | 188 cm (6 ka 2 in) |
Ahli lembaga | The Walt Disney Company,[5] Apple, Inc. |
Pasangan | Laurene Powell Jobs (1991–2011) |
Anak-anak | 4 |
Saudara | Mona Simpson (adik) |
Laman web rasmi | Steve Jobs |
Tandatangan | |
![]() |
Steven Paul Jobs (24 Februari 1955 – 5 Oktober 2011)[3][7][8][1] ialah seorang usahawan dan pencipta berbangsa Amerika Syarikat. Beliau merupakan pengasas,[9] pengerusi, dan bekas CEO of Apple Inc.[10][11] Jobs juga pernah menjadi ketua pegawai eksekutif Pixar Animation Studios; dan juga menganggotai lembaga pengarah The Walt Disney Company pada tahun 2006, setelah Pixar dibeli oleh Disney. Beliau dihargai sebagai penerbit eksekutif dalam filem Toy Story (1995).[12]
Pada akhir 1970-an, Jobs bersama Steve Wozniak (pengasas bersama Apple), Mike Markkula,[9] dan lain-lain, mereka, membangunkan, dan memasarkan salah satu barisan komputer peribadi yang berjaya di pasaran, iaitu siri Apple II. Pada awal 1980-an, Jobs merupakan antara mereka yang julang kali melihat potensi komersil antara muka grafik pengguna pacuan tetikus yang membawa kepada lahirnya Macintosh.[13][14] Setelah kalah dalam perebutan kuasa dengan lembaga pengarah pada tahun 1984,[15][16] Jobs meletak jawatan dari Apple lalu menubuhkan NeXT, sebuah syarikat pembangunan platform komputer yang khusus dalam pasaran pendidikan tinggi dan perniagaan. Pada tahun 1996, Apple membeli NeXT, maka Jobs kembali ke syarikat lama yang ditubuhkannya itu, dan berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutifnya pada tahun 1997 hingga 2011. Pada 1986, beliau memperoleh bahagian grafik komputer Lucasfilm Ltd lalu mengubahnya menjadi Pixar Animation Studios.[17] Beliau kekal sebagai KPE dan pemegang saham majoriti pada 50.1% sehingga Pixar dibeli oleh The Walt Disney company pada tahun 2006.[18] Dengan itu, Jobs menjadi pemegang saham individu terbesar Disney pada 7% dan juga ahli Lembaga Pengarah Disney.[19][20][21][22]
Sejarah perniagaan Jobs telah banyak berbakti kepada imej simbolik seseorang usahawan Silicon Valley yang idiosinkratik dan individualistik, menekankan kepentingan reka bentuk serta memahami peranan penting yang dimainkan oleh estetika dalam menarik perhatian umum. Beliau disanjungi kerana jasanya memajukan pembangunan keluaran-keluaran yang berguna dan anggun pada masa yang sama.[23]
Pada 24 Ogos 2011, Jobs mengumumkan perletakan jawatannya sebagai KPE Apple dan digantikan oleh Tim Cook. Atas permintaan beliau, Jobs dilantik sebagai Pengerusi lembaga pengarah Apple.[24][25][26][27][28]
Pada 5 Oktober 2011, Apple mengumumkan bahawa Steve Jobs meninggal dunia pada usia 56 tahun.[1][29]
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Smithsonian 1995
|publiher=
ignored (|publisher=
suggested) (bantuan)
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama commencement
|month=
ignored (bantuan)
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama DisneyBuysPixar
|title=
(bantuan)
|title=
(bantuan)
|title=
(bantuan)