Steven Spielberg | |
---|---|
Kelahiran | Steven Allan Spielberg 18 Disember 1946 |
Tahun aktif | 1968 - kini |
Pasangan | Amy Irving (1985-1989) Kate Capshaw (1991-) |
Anak-anak | Max Spielberg (b.1985) Theo Spielberg (b.1988, anak angkat) Sasha Spielberg (b.1990) Sawyer Spielberg (b.1992) Mikaela Spielberg (b.1996, anak angkat) Destry Spielberg (b.1996) |
Anugerah | Saturn Award for Best Direction 1977 Close Encounters of the Third Kind 1981 Raiders of the Lost Ark 1993 Jurassic Park 2002 Minority Report Saturn Award for Best Writing 1977 Close Encounters of the Third Kind 2001 Artificial Intelligence: AI NBR Award for Best Director 1987 Empire of the Sun AFI Life Achievement Award 1995 Lifetime Achievement |
Steven Allan Spielberg (lahir 18 Disember 1946)[1] ialah seorang pengarah dan penerbit filem Amerika Syarikat. Spielberg ialah seorang pemenang Anugerah Academy tiga kali dan juga pembikin filem yang paling banyak memperoleh hasil jualan, iaitu hampir $8 bilion dari seluruh dunia. Majalah Forbes merangka hasil bersih Spielberg pada $3 bilion.[2] pada tahun 2006, Majalah Premiere menyenaraikan beliau sebagai tokoh yang paling berkuasa dan berpengaruh dalam industri perfileman. Majalah TIME pula menyenaraikan beliau dalam senarai '100 Greatest People of the Century'. Pada penghujung abad ke-20 majalah LIFE menggelar beliau sebagai tokoh paling berpengaruh dalam generasi beliau.[3]
Sepanjang kerjaya yang hampir mencecah 40 tahun ini, filem-filem Spielberg telah menyentuh pelbagai tema dan genre. Ketika era 1970-an, 1980-an, dan 1990s-an, tiga judul filem beliau, Jaws, E.T., dan Jurassic Park menjadi filem yang paling banyak hasilnya pada masa keluaran masing-masing. Ketika tahun-tahun terawal beliau sebagai pengarah, filem-filem sains fiksyen dan pengembaraan beliau sering dilihat sebagai contoh kepada pembikinan blokbuster Hollywood moden. Kebelakangan ini, beliau telah menangani isu-isu yang banyak dikuasakan emosi seperti Holocaust, perhambaan, peperangan dan keganasan.