Hak suaka (kadang-kadang dipanggil hak bersuaka politik adalah suatu konsep pengadilan kuno di mana orang yang dianiaya atau ditindas oleh negara mereka sendiri mungkin akan dilindungi oleh pihak berkuasa lain yang berdaulat misalnya negara-negara lain (atau pekerja gereja pada zaman pertengahan dahulunya yang boleh menawarkan tempat perlindungan). Hak ini sudah diterima pakai oleh orang Mesir, Yunani dan Ibrani yang turut diterima ke dalam amalan orang Barat. René Descartes melarikan diri ke Belanda, Voltaire ke England, dan Thomas Hobbes ke Perancis, kerana negara-negara ini menawarkan perlindungan untuk warga asing yang dianiaya.
Orang Mesir, Yunani, dan Ibrani mengiktiraf suatu "hak suaka" beragama, yakni melindungi penjahat (atau sesiapa sahaja yang dituduh melakukan jenayah) dari tindakan undang-undang dengan semampunya.[1][2] Prinsip ini kemudianyan diterima oleh institusi-institusi gereja Kristian, dan pelbagai peraturan telah dibangunkan yang menyatakan bagaimana untuk memenuhi syarat perlindungan dan sejauh mana tahap perlindungan yang akan diterima.[3]