Republik Sudan Selatan Sudan Selatan Republic of South Sudan | |||||
---|---|---|---|---|---|
| |||||
Lagu kebangsaan: "South Sudan Oyee!" | |||||
Ibu negara dan bandar terbesar | Juba | ||||
Bahasa rasmi | Inggeris | ||||
Bahasa umumyang diakui | Arab Juba, Dinka, Nuer, Zande, Bari, Shilluk | ||||
Kumpulan etnik | Dinka, Nuer, Bari, Lotuko, Kuku, Zande, Mundari, Kakwa, Pojulu, Shilluk, Moru, Acholi, Madi, Lulubo, Lokoya, Toposa, Lango, Didinga, Murle, Anuak, Makaraka, Mundu, Jur, Kaliko, and others. | ||||
Kerajaan | Republik demokrasi berpresiden persekutuan | ||||
• Presiden | Salva Kiir Mayardit | ||||
Riek Machar | |||||
Badan perundangan | Dewan Undangan | ||||
Kemerdekaan daripada Republik Arab Sudan | |||||
6 Januari 2005 | |||||
9 Julai 2005 | |||||
9 Julai 2011 | |||||
Keluasan | |||||
• Jumlah | 644,329 km2 (248,777 bt2) (ke-45) | ||||
Penduduk | |||||
• Perkiraan | 7,500,000–9,700,000 (2006, UNFPA)[1] 11,000,000–13,000,000 (dakwaan Sudan Selatan, 2009)[2] | ||||
• Bancian Penduduk 2008 | 8,260,490 (diragui)[3] (ke-94) | ||||
Mata wang | Paun Sudan Selatan ( SSP ) | ||||
Zon waktu | UTC+3 (Waktu Afrika Timur) | ||||
Kod panggilan | 249 | ||||
Kod ISO 3166 | SS | ||||
DPT internet | .ss |
Sudan Selatan, atau nama rasminya Republik Sudan Selatan,[4] merupakan sebuah negara tak berpantai di Afrika Timur. Ibu negara dan bandar terbesarnya ialah Bandar Raya Juba. Ia bersempadan dengan Habsyah di timur; Kenya, Uganda, dan Republik Demokratik Congo di selatan; Republik Afrika Tengah di barat; dan Sudan di utara. Sudan Selatan merangkumi kawasan paya Sudd yang dibentuk oleh Sungai Nil Putih, ataupun nama tempatannya Bahr al Jabal.
Negara ini mula-mula menganggotai Sudan Inggeris-Mesir, sebuah negara kondominium di bawah pentadbiran British dan Mesir, kemudian menjadi sebahagian Republik Sudan apabila kemerdekaan dicapai pada tahun 1956. Ekoran Perang Saudara Sudan Pertama, Kawasan Autonomi Sudan Selatan dibentuk pada tahun 1972 dan bertahan hingga tahun 1983. Kemudian, tercetusnya Perang Saudara Sudan Kedua yang berkesudahan dengan Perjanjian Damai Menyeluruh 2005. Pada tahun yang sama, taraf autonomi dipulihkan apabila terbentuknya Kerajaan Autonomi Sudan Selatan. Sudan Selatan menjadi negara merdeka pada 9 Julai 2011 pada tengah malam (00:00) waktu tempatan ekoran pungutan suara pada Januari 2011 yang menyaksikan hampir 99% pengundi memilih supaya Sudan Selatan berpisah daripada negara Sudan.[5]