Sugababes | |
---|---|
![]() Sugababes membuat persembahan di Bristol International Balloon Fiesta pada Ogos 2004. | |
Latar belakang | |
Berasal dari | London, United Kingdom |
Genre | Pop, R&B, Tarian |
Instrumen | Vokal |
Tahun aktif | 1998-sekarang |
Syarikat rakaman | London Records, Island Records |
Laman sesawang | Laman rasmi Sugababes |
Ahli | Keisha Buchanan (1998-sekarang) Heidi Range (2001-sekarang) Amelle Berrabah (2005-sekarang) |
Bekas ahli | Siobhán Donaghy (1998-2001) Mutya Buena (1998-2005) |
Sugababes ialah kumpulan vokal United Kingdom yang telah memenangi Anugerah BRIT. Kumpulan ini dianggotai oleh Keisha Buchanan, Heidi Range dan Amelle Berrabah. Ditubuhkan pada tahun 1998, kini mereka telah mengeluarkan dua puluh satu buah single. Di samping itu, kumpulan ini juga telah mendapat kejayaan arus perdana di pelbagai negara Asia dan Eropah.
Dalam pemasaran single mereka iaitu "About You Now", kumpulan Sugababes telah dinobatkan sebagai satu-satunya artis wanita yang telah menguasai carta jualan single, jualan album serta muat turun dua kali berturut-turut.