Penyertaan negara | 11 |
---|---|
Penyertaan atlet | >6000 (anggaran) |
Acara | 545 dalam 44 acara sukan[1] |
Upacara pembukaan | 11 November |
Upacara penutupan | 22 November[2] |
Pembukaan dirasmikan oleh | Susilo Bambang Yudhoyono Presiden Indonesia |
Penutupan dirasmikan oleh | Boediono Timbalan Presiden Indonesia |
Pembaca ikrar atlet | Dedeh Herawati |
Pembaca ikrar juri | Eko Sunarto |
Tempat upacara | Stadium Gelora Sriwijaya, Palembang |
Laman sesawang | Sukan SEA ke-26 |
Sukan Asia Tenggara ke-26 diadakan di Palembang dan Jakarta, Indonesia pada November 2011.[3] Ini kali keempat Indonesia menjadi tuan rumah Sukan SEA, ia kali terakhir menganjurkan Temasya ini pada 1997. Seiring dengan Sukan SEA, SukanPara ASEAN ke-6 untuk atlit kurang upaya, bermula 2 minggu selepas Sukan SEA tamat, dengan pertandingan diadakan di Surakarta (Solo)[4], Jawa Tengah, Indonesia.
Ibu negara Jakarta pernah menjadi tuah rumah Sukan Asia Tenggara sebanyak tiga kali, iaitu di 1979, 1987, dan 1997. Palembang menjadi tuan rumah Sukan SEA yang ketiga luar daripada ibu negara, selepas Chiang Mai dan Nakhon Ratchasima, Thailand.
Tuan rumah Indonesia mendapat pungutan pingat emas dan jumlah pingat terbanyak, kali pertama ia mengetuai jadual pingat sejak 1997, di mana ia turut menjadi tuan rumah.