Sukan Asia | |
---|---|
Edisi temasya | |
Sukan (butiran) | |
Singkatan | Asiad |
---|---|
Acara pertama | Sukan Asia 1951 di New Delhi, India |
Kekerapan | Empat tahun |
Acara terakhir | Sukan Asia 2018 di Jakarta-Palembang, Indonesia |
Tujuan | Acara beraneka sukan untuk negara-negara Asia |
Sukan Asia juga dikenali sebagai Asiad,[1] adalah sebuah acara beraneka sukan peringkat benua yang diadakan setiap empat tahun dalam kalangan atlet dari seluruh benua Asia. Temasya sukan tersebut dikawal oleh Persekutuan Sukan Asia (AGF) dari edisi pertama di New Delhi, India hingga ke edisi tahun 1978. Sejak edisi tahun 1982, ia telah dianjurkan oleh Majlis Olimpik Asia selepas perpecahan Persekutuan Sukan Asia.[2]