Bandar tuan rumah | Edmonton, Kanada |
---|---|
Penyertaan negara | 47 |
Penyertaan atlet | 1,475 |
Acara | 128 acara dalam 11 sukan |
Upacara pembukaan | 3 Ogos 1978 |
Upacara penutupan | 12 Ogos 1978 |
Pembukaan dirasmikan oleh | Elizabeth II |
Stadium utama | Stadium Komanwel |
Sukan Komanwel 1978 telah diadakan di Edmonton, Alberta, Kanada, dari 3 hingga 12 Ogos 1978, dua tahun selepas Sukan Olimpik Musim Panas 1976 yang diadakan di Montreal, Quebec. Temasya ini telah diboikot oleh Nigeria, sebagai protes terhadap hubungan sukan New Zealand dengan Afrika Selatan era apartheid, dan juga oleh Uganda, sebagai protes terhadap dakwaan permusuhan Kanada terhadap kerajaan Idi Amin.[1] Undian bidaan telah diadakan pada Sukan Olimpik Musim Panas 1972 di Munich.
Temasya ini adalah Sukan Komanwel pertama di mana sistem berkomputer digunakan untuk mengendalikan penjualan tiket. Temasya ini juga adalah Sukan Komanwel pertama yang dinamakan sebagai Sukan Komanwel, setelah membuang perkataan British dari nama lamanya. Temasya ini dibuka oleh Ratu Elizabeth II buat kali pertama sejak baginda menjadi Ratu pada tahun 1952.