Sukan Olimpik Musim Panas 1980

Sukan Olimpik XXII
Hos BandarMoscow, Kesatuan Soviet
Negara80
Atlet5,138 (4,114 lelaki, 1,114 wanita)
Acara203 acara dalam 21 sukan
Pembukaan19 Julai 1980
Penutupan3 Ogos 1980
Dibuka oleh
Kawah Obor
StadiumStadium Lenin
Musim Panas
Musim Sejuk
Sukan Paralimpik Musim Panas 1980


Sukan Olimpik Musim Panas 1980 (bahasa Inggeris: 1980 Summer Olympics, Rusia: Летние Олимпийские игры 1980) atau secara rasminya Sukan Olimpik XXII (bahasa Inggeris: Games of the XXII Olympiad), merupakan acara pelbagai sukan yang telah diadakan di Moscow, Kesatuan Republik Sosialis Soviet (kini dikenali sebagai Rusia) dari 19 Julai hingga 3 Ogos 1980. Temasya ini merupakan kali pertama Sukan Olimpik diadakan di sebuah negara Eropah Timur, negara berbahasa Slavik dan negara komunis. Rusia akan menganjurkan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2014 manakala China akan menjadi negara komunis kedua yang menganjurkan Sukan Olimpik pada tahun 2008.

Lapan puluh Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan telah menyertai edisi Sukan Olimpik ini, bilangan yang terrendah sejak 1956. Hal ini adalah disebabkan oleh pemboikotan yang diketuai oleh Amerika Syarikat dan disertai oleh 66 negara disebabkan oleh Perang Soviet di Afghanistan. Sebilangan atlet dari negara-negara memboikot telah menyertai Sukan Olimpik 1980 di bawah Bendera Olimpik. Kesatuan Soviet pula akan memboikot Sukan Olimpik Musim Panas 1984 yang diadakan di Los Angeles, Amerika Syarikat.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne