Sukan Para ASEAN

Sukan Para ASEAN
ASEAN Para Games
Edisi pertamaSukan Para ASEAN 2001 di Kuala Lumpur, Malaysia
Diadakan pada setiap2 tahun
Edisi seterusnyaSukan Para ASEAN 2026 di Nakhon Ratchasima, Thailand
KegunaanAcara pelbagai sukan untuk orang kurang upaya dari negara-negara di benua kecil Asia Tenggara
Ibu pejabatKuala Lumpur, Malaysia
PresidenOsoth Bhavilai
Laman sesawangwww.aseanparasports.org

Sukan Para ASEAN (Bahasa Inggeris: ASEAN Para Games) merupakan sebuah acara beraneka Sukan yang diadakan selepas setiap Sukan Asia Tenggara dan melibatkan atlet kurang upaya dari 11 negara Asia Tenggara. Atlet yang menyertai mempunyai pelbagai jenis kecacatan termasuk spastik, lumpuh otak, kecacatan pergerakan, kecacatan penglihatan, kecacatan anggota dan kecacatan intelektual. Sukan Para ASEAN dikawal selia oleh Persekutuan Sukan Para ASEAN (APSF, ASEAN Para Sports Federation) dan dipantau oleh Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) dan Jawatankuasa Paralimpik Asia dan secara tradisinya dianjurkan oleh negara yang mengadakan Sukan Asia Tenggara.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne