Bandar tuan rumah | Atlanta, Amerika Syarikat |
---|---|
Cogan kata | The Triumph of the Human Spirit (Melayu: Kemenangan Semangat Manusia ) |
Penyertaan negara | 104 |
Penyertaan atlet | 3,259 (2,469 lelaki, 790 perempuan) |
Acara | 508 dalam 20 sukan |
Upacara pembukaan | 16 Ogos 1996 |
Upacara penutupan | 25 Ogos 1996 |
Pembukaan dirasmikan oleh | Naib Presiden Al Gore |
Obor paralimpik | Mark Wellman |
Stadium utama | Stadium Olimpik Centennial |
Sukan Paralimpik Musim Panas 1996 (bahasa Inggeris: 1996 Summer Paralympics ) atau secara rasminya Sukan Paralimpik Musim Panas ke-10 (bahasa Inggeris: 10th Summer Paralympics Games ) merupakan satu acara pelbagai sukan antarabangsa bagi atlet kurang upaya yang telah diadakan di Atlanta, Amerika Syarikat dari 16 hingga 25 Ogos 1996.[1]
Temasya ini merupakan kali kedua Amerika Syarikat menganjurkan Sukan Paralimpik, selepas Sukan Paralimpik Musim Panas 1984 yang dianjurkan di Bandar Raya New York. Temasya ini turut merupakan Sukan Paralimpik pertama yang mendapat penajaan dari seluruh dunia. Sukan Paralimpik 1996 juga menjadi edisi Sukan Paralimpik pertama yang disiarkan di Amerika Syarikat.[1] Selain itu, atlet berkecacatan intelektual turut diberikan pingat buat pertama kali di Sukan Paralimpik.[2]
Amerika Syarikat menjadi johan keseluruhan dengan 157 pingat dan 46 pingat emas, diikuti dengan Australia dan Jerman yang memperoleh pingat perak yang terbanyak (58 buah) dalam temasya tersebut.[3]