Bandar tuan rumah | Tokyo, Jepun |
---|---|
Cogan kata | United by Emotion (Jepun: 感動で、私たちはひとつになる Melayu: Bersatu atas emosi |
Penyertaan negara | 163 |
Penyertaan atlet | 4,537 |
Acara | 539 dalam 22 sukan |
Upacara pembukaan | 24 Ogos 2021 |
Upacara penutupan | 5 September 2021 |
Pembukaan dirasmikan oleh | Maharaja Naruhito |
Obor paralimpik | Yui Kamiji
Karin Morisaki Shunsuke Uchida |
Stadium utama | Stadium Tokyo |
Sukan Paralimpik Musim Panas 2020 (Bahasa Jepun: 2020年夏季パラリンピック会, Hepburn: 2020-Nen Kaki Pararinpikku) lebih dikenali sebagai Sukan Paralimpik Tokyo 2020 merupakan sebuah acara sukan utama bagi atlet kurang upaya yang dikendalikan oleh Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa.Juga dikenali sebagai Sukan Paralimpik Musim Panas ke-16, temasya ini telah diadakan di Tokyo, Jepun dari 24 Ogos hingga 5 September 2021.[1] Acara ini sebelumnya dijadualkan berlangsung dari 25 Ogos hingga 6 September 2020. Walau bagaimanapun, pada 24 Mac 2020, pihak Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa dan Jawatankuasa Penganjur Tokyo secara rasmi mengumumkan bahawa Sukan Olimpik dan Paralimpik Musim Panas 2020 ditunda ke tahun 2021 kerana masalah pandemik COVID-19, menandakan kali pertama Sukan Paralimpik ditangguhkan. Meskipun begitu, acara ini masih dipasarkan secara rasminya sebagai Paralimpik Musim Panas 2020 sungguhpun dengan penundaan penjadualan selama satu tahun.[2]