Su-30MKK | |
---|---|
| |
Peranan | Pesawat pelbagai peranan, pejuang-penyerang |
Pengeluar | KnAAPO |
Direka oleh | Sukhoi |
Diperkenalkan | Disember 2000 |
Status | Aktif |
Pengguna utama | Tentera Udara China Pasukan Udara Tentera Laut China Tentera Udara Indonesia Tentera Udara Venezuela |
Dikeluarkan | 2000-kini |
Jumlah dibina | 124 buah |
Kos seunit | AS$53 juta untuk 38 buah pesawat pertama |
Dibangunkan dari | Sukhoi Su-27SK |
Sukhoi Su-30MKK (nama pengenalan NATO Flanker-G)[1] adalah sebuah pesawat ubahsuai Su-27SK yang dikeluarkan sejak 1999 oleh KnAAPO, JSC. Pesawat ini dianggap sebagai versi tingkat upaya bagi Sukhoi Su-30. Pesawat ini boleh diperanankan sebagai sebuah pesawat pelbagai peranan, penguasaan udara dan penyerang-pejuang jarak jauh dari kelas berat. Su-30 MKK kini digunakan oleh Tentera Pembebasan Rakyat, Tentera Udara Indonesia, dan baru-baru ini oleh Tentera Udara Venezuela.[2]