Sultan Sir Abu Bakar I | |
---|---|
Sultan Johor | |
Pemerintahan | 13 Februari 1886 - 4 Jun 1895 |
Didahului oleh | Dirinya sendiri (sebagai Maharaja Johor) |
Diikuti oleh | Sultan Sir Ibrahim II |
Maharaja Johor | |
Pemerintahan | 30 Jun 1868 – 13 Februari 1886 |
Didahului oleh | Dirinya sendiri (sebagai Temenggung Johor kecuali Kesang) Sultan Ali Iskandar Shah (Sebagai Pemerintah Kesang) |
Diikuti oleh | Dirinya sendiri (sebagai Sultan Johor) |
Pemerintah Kesang | |
Pemerintahan | 5 Februari 1879 - 1880 |
Didahului oleh | Sultan Ali Iskandar Shah |
Diikuti oleh | Jawatan dibubar. Kesang menjadi sebahagian Johor |
Temenggung Johor Pemerintah Tanah Besar Johor kecuali Kesang | |
Pemerintahan | 31 Januari 1862–30 Jun 1868 |
Didahului oleh | Temenggong Tun Daeng Ibrahim I |
Diikuti oleh | Dirinya sendiri (sebagai Maharaja Johor) |
Keputeraan | Tun Abu Bakar bin Tun Daeng Ibrahim 3 Februari 1833 Istana Teluk Blangah, Mukim Teluk Belangah, Daerah Pulau Singapura, Negeri-negeri Selat, Johor |
Kemangkatan | 4 Jun 1895 Hotel Bailey, Kensington Selatan, London, United Kingdom | (umur 62)
Pemakaman | 7 September 1895 Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, Johor Bahru |
Pasangan |
|
Anakanda |
|
Kerabat | Temenggung Johor |
Ayahanda | Temenggong Tun Daeng Ibrahim I |
Bonda | Cik' Ngah[2] |
Agama | Islam |
Gelaran hormat bagi Sultan Sir Abu Bakar I | |
Gaya panggilan | Duli Yang Maha Mulia |
---|---|
Gaya pertuturan | Duli Yang Maha Mulia |
Gaya pilihan | Tuanku |
Almarhum Sultan Sir Abu Bakar Al-Khalil Ibrahim Shah ibni Almarhum Temenggong Tun Daeng Ibrahim I GCMG KCSI (3 Februari 1833 – 4 Jun 1895) ialah Sultan Johor era moden pertama.
Baginda memakai gelaran Maharaja Johor pada 1868 hingga 1986. Baginda telah menggantikan ayahandanya, Temenggung Tun Daeng Ibrahim sebagai pentadbir Johor (kecuali kawasan Kesang) pada 1862. Baginda berumur kira-kira 28 tahun semasa ayahandanya mangkat[3]. Baginda mentadbir keseluruhan tanah besar Johor bermula 1877 apabila Pemerintah Kesang, Sultan Ali Iskandar Shah mangkat.
Temenggong Wan Abu Bakar ialah seorang tokoh dan pemerintah Johor yang amat bijaksana. Baginda telah memajukan dan mengukuhkan kerajaan Johor di bawah Wangsa Temenggong Johor dan membuat hubungan diplomasi dengan kerajaan Riau-Lingga. Pada 1 Januari 1866, baginda telah menukarkan nama Tanjung Puteri atau Iskandar Puteri kepada Johor Bahru dan menjadikannya pusat pentadbiran kerajaan Johor. Temenggong Wan Abu Bakar memberi galakan kepada orang Cina membuka ladang lada hitam dan gambir dipanggil "Sistem Kangcu".
Temenggong Wan Abu Bakar telah memajukan Johor dengan menggabungkan tradisi Melayu dengan birokrasi Barat dan digelar Bapa Johor Moden. Pentadbirannya yang cekap dan tersusun diakui sendiri British, lantas baginda tidak akan melantik pegawai British sebagai penasihat.
Baginda telah mendapat pendidikan Barat sejak kecil lagi. Oleh itu, baginda sangat terpengaruh dengan cara pemerintahan dan pentadbiran Barat. Baginda juga telah membuat banyak lawatan ke negara-negara Eropah terutamanya ke England, untuk mencari pengalaman dan mempelajari cara orang Barat memerintah dan mentadbirkan negara. Kebijaksanaannya menyebabkan baginda dihormati oleh pedagang dan pemerintah British. Baginda juga bersahabat baik dengan Ratu Victoria, penguasa Great Britain pada masa itu; ratu tersebut telah mengurniakan gelaran Maharaja Johor kepada Temenggong Wan Abu Bakar pada tahun 1868.
Ralat petik: Tag <ref>
wujud untuk kumpulan bernama "fn", tetapi tiada tag <references group="fn"/>
yang berpadanan disertakan