Sebahagian atau kesemua senarai sumber rencana ini mungkin bukan daripada yang dipercayai. (Mac 2018) |
Almarhum Sultan Ibrahim Shah إبراهيم شاه | |
---|---|
Sultan Kedah | |
Pemerintahan | 1321–1373 |
Didahului oleh | Sultan Mahmud Shah I |
Diikuti oleh | Sultan Sulaiman Shah |
Kemangkatan | 9 Ogos 1373 Kota Seputih, Kedah |
Pemakaman | Makam Diraja Kota Seputih |
Pasangan | Tunku Mala |
Anakanda | Sultan Muhammad Shah Sultan Sulaiman Shah Tunku Abdul Rahman |
Kerabat | Kedah |
Ayahanda | Sultan Mahmud Shah I |
Bonda | Tunku Aishah |
Agama | Islam |
Almarhum Sultan Ibrahim Shah ialah Sultan Kedah yang keenam. Baginda merupakan putera kepada Sultan Mahmud Shah dan Tunku Aishah. Pada 14 Mei 1321, baginda telah dimasyhurkan sebagai Sultan Kedah keenam dan bersemayam di Kota Sungai Emas.
Pada 18 Mei 1323, baginda bersama kaum kerabat dan jemaah menterinya telah berhijrah ke Kota Seputeh. Baginda menyerahkan Kota Sungai Emas kepada Raja Muda Ahmad manakala Kota Bukit Meriam diberikan kepada Dato’ Tan Derma Dewa untuk menjagakannya.
Pada 27 Disember 1373, baginda telah mangkat akibat kegeringan dan dimakamkan di Langgar Kota Seputeh.