Sultan Ibrahim Shah dari Johor

Ibrahim Shah
Sultan dan Yang di-Pertua Negeri Johor Darul Takzim VIII
Sultan Johor ke-8
Pemerintahan1677 hingga 16 Februari 1685
Didahului olehSultan Abdul Jalil Shah III
Diikuti olehSultan Mahmud Shah II
Raja Muda Johor
Pemerintahan16771685
Didahului olehSultan Abdul Jalil Shah III
Diikuti olehSultan Mahmud Shah II
KeputeraanRaja Ibrahim Ibni Raja Bajau
Kemangkatan16 Februari 1685
Kepulauan Riau
Pemakaman17 February 1685
AnakandaRaja Mahmood II
Nama selepas mangkat
Marhum Bongsu
KerabatMelaka
AyahandaRaja Bajau bin Sultan Abdullah Ma'ayat Shah
AgamaIslam

Sultan Ibrahim Shah Zilu'llah fil'Alam Khalifat ul-Muminin ibni Yamtuan Muda Raja Bajau (Jawi: سلطان إبراهيم شاه ظل الله في العالم خلافة المؤمنين ابن يمتوان مودا راج باجاو) atau nama asalnya, Raja Ibrahim atau Putera Raja Bajau (mangkat 16 Februari 1685), ialah Sultan Johor ke-8 bermula pada 1677 sehingga kemangkatan beliau pada tahun 1685.

Beliau merupakan anak Raja Bajau ibni Sultan Abdullah Ma'ayat Shah dan ibunya, seorang penari asyik di istana Patani bernama Dang Sirat, dari kampung Nafiri.[1] dan Sultan Ibrahim Shah dilantik sebagai Sultan Pahang di Pahang pada 1677.

Pada 1678, Laksamana Tun Abdul Jamil mengajak Sultan Ibrahim Shah berpindah dari Pahang ke Riau. Sultan Ibrahim Shah cuba untuk membina semula Kota Johor Lama tetapi tidak kesampaian. Sultan Ibrahim Shah mangkat di Kepulauan Riau pada 16 Februari 1685 lalu digelar Marhum Bongsu.

  1. ^ Hikayat Patani The Story Of Patani 1 (dalam bahasa English).CS1 maint: unrecognized language (link)

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne